Walaupun aku tinggal di Putrajaya, bersebelahan je dengan Bangi, tapi memang sangat lah jarangnya pergi Bangi untuk makan-makan walaupun tahu Bnagi, area Melayu yang sangat penuh dengan tempat makan. So, satu hari tu, aku & Dude cuti, dan teringin nak jalan-jalan cari makan dekat Bangi. Lepas google-google dan tanya pendapat Mau, kitorang decide untuk cuba makan di Wadi Hana Islamic Kitchen di Seksyen 9, Bangi.
Antara sebab aku consider untuk makan sini sebab daripada sumber online, restoran ni serve banyak pilihan makanan dari melayu, western, dan terbaru, Jepun!. Masa ni aku tengah confuse, teringin nak makan Japanese Food dan pada masa yang sama nak spaghetti (nampak tak ketamakkan yang over di situ?;p), so bila baca review dan dapat tahu Wadi Hana serve macam-macam, maka kitorang terjah la restoran ni.
Sebab tengah lapar dan tamak gila, banyak gak yang aku kitorang order. Dude ambik:
Salmon & Lamb – RM26.90
Not bad juga. Harga agak mahal yang boleh diterima juga sebab ada both lamb dan salmon.
Untuk main dish, aku pulak order:
Aglio Olio Seafood – RM15.90
Aku awal-awal confuse nak ambik marinara atau lain-lain. Tapi waiter mati-mati yakinkan aku untuk try Aglio Olio. Sebab kesian kat dia, aku order la Aglio Olio ni.
Hooo Maaii Gawwdd… Sedap gila wa cakap lu. Serius, ini memang sangat kena dengan taste aku. Memang aku suka gila. Cuma aku lagi suka kalau spaghetti nya dibanyakkan lagi sebab aku tak puas gila makan. Hohhoho. Kalau datang sini, rasanya aku akan order lagi Aglio Olio ni 4 pinggan kot. Hahaha. Serius ah suka 😉
Untuk Nawfal pulak, kami orderkan:
Bubur Nasi – RM5.90
Maaf gambar diambil lepas letak kicap. Terlupa nak snap. Hehehe. Bubur kosong ni diserve dengan lauk ikan bilis + cendawan + telur masin + sambal kicap.
Kalau untuk aku, aku rasa, ok je la kot. Tapi kalau untuk Nawfal, agak susah sikit. Sebabnya, bubur nasinya memang tawar betul. Perlu dimasinkan dengan lauk-lauk yang disediakan yang agak susah juga untuk cari tahap kemasinan yang sesuai dengan Nawfal. Kalau letak lauk je, still kurang masin, kena tambah dengan telur masin baru ok. Tapi Nawfal tak berapa suka telur masin.
Jadi, aku sangatla suka kalau diorang dapat bubur ni sedia ada ‘rasa’ yang boleh je dimakan gitu terus cam bubur ayam KFC tu. Hehehe.
Sebab teringin makanan Jepun juga, aku kitorang order:
Ebi Tempura (6 pcs) – RM13.90
Rasanya boleh tahan, tapi aku lebih prefer tepung tempura kat kedai-kedai Sushi. Yang ni lain sikit, tpi ok je, dan cam biasa, habis je makan. Hehehe.
Lagi satu order:
Miso Soup – RM2.90
Ok jugak bagi aku. Rasa sama lah cam kedai-kedai Jepun lain. Harga pun tak la mahal compare to yang lain-lain tu. So kalau aku nak diet ‘suatu hari nanti’, boleh je la order Miso Soup ni 3 mangkuk. Hohoho
Sebenarnya Sindrom Kenadotan dah mula menyerang ni. Tu yang semalam tak tertulis entry. Cita-cita aku dari 2 minggu lepas supaya at least ada satu entry seminggu berkecai di tengah jalan. Hohoho.
Tapi janganlah sebab tak buat entry sehari, korang tak nak tolong aku. Tolong je la undi blog ni bagi kategori ‘Favourite Foodie Blog’ untuk MSMW 2013. Perlu registerkan semua email yang korang ada (haha) dan aktifkan, lepas tu boleh login dan VOTE! Saaaaayaang korang! hahahaha…
Apapun, sempena Maulidur Rasul ni, sama-sama lah kita banyakkan berselawat dan semoga istiqamah untuk hari-hari seterusnya walaupun bukan Maulidur Rasul dah. In Sha Allah.. (^_^)
Later! ;p
Nampak sedap-sedap belaka makanan dekat restoran ni… Ebi Tempura dan Salmon & Lamb tu yang membuatkan teringin sangat nak makan ni… 😉
Anuar recently posted..WW: Contest Teka Gambar Blogger dan menang wang tunai
Anuar: KAlau kot la ada terturun bangi, try la ;p
Mie: spaghetti tu sangat sedap. Betul!kalau lagi pedas, memang perfect ah! ;p
Zila: try jangan tak try.. hehe
Pjaz: saya pun! 🙂
nadot recently posted..Jom Badminton Jom!
spagetti tu nampak sedap..
kalau lagi pedas lagi best…
eehehhehee
mie recently posted..Tiger Balm Garden @ Haw Par Villa Singapore
Kt bangi? Haaa must try ni 😀
pjaz suka miso sup!!!! =)
pjaz recently posted..I’m Back…
Tengok makanan je datang blog ni. Hehe… serius memang melaparkan perut dan menghairahkan rasa makan.
Arrazi recently posted..Setiap Orang Ada Peminat
Arrazi: hehehe…tu memang tujuan sampingan..bagi orang lapar ;p
Titan: la..kitorang tak habiskan jagung tu hari tu.. kalau ko ada, free je aku bagi ;p
Boni: mana ada semua… spaghetti tu je… miso soup boleh la… erm..tapi lamb n salmon ok gak.. hahaha
nadot recently posted..Jom Badminton Jom!
aku suka tang jagung tu aje..haha
hahahahaha.. nadot nadot…. semua makanan kena dengan taste dia kan?hahahaha
boni kacak recently posted..Boni Kacak Masuk Komik G3
aku tak pernah makan makanan macam ni
biasa makan nasi je
hehe
TehR recently posted..Tema Sambutan Maulidur Rasul 1434 / 2013
TehR: semua jenis makanan saye suke cube… tu badan membesar bagaikan juara! ;p
Aju: ha’ah..dekat-dekat jugak la dengan situ… tu la pasal.. banyak dengar yang sedap tmpat2 makan kat bangi ni..tapi tak terpergi..pergi pun pening sbb tatau nak makan mana… hehe
nadot recently posted..Jom Badminton Jom!
mmmm sedapnya sampai terliur tgk makanan tu, ni dekat2 hospital an nur tu ke? duk bangi bnyk nau tmpt makan best2 kan, sek 7 tu sup urat keting, ayam kampung, red wok? yeke? hahahah
ajumohit recently posted..Salam Maulidur Rasul 1434H | Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah
Sedapnya. ..lap2…air liurku meleleh….hehe…
Salam perkenalan
Ummiaiman recently posted..Labu Masak ‘Sahang’
Ummiaiman: lap air liur tu.. malu tengok.. hohoho.. salam kenal juge! 🙂
Nurul: tu la..spaghetii tu paling sedap!
KiD: mane tempat Abg Man blum jejeka, musykil.. hoho
Mummy: hehehe… lapar makan kak 😉
nadot recently posted..Jom Badminton Jom!
Nadot… Semuanya nampak sedap… waaa terliur sudah..
Nurul recently posted..The Orange Night
my brother pernah laaa datang ke sini.. hehehe
KiD recently posted..Tanda Isteri Derhaka
Aduih.. masuk je blog ni mesti rasa lapar..sedapnya semua gambar makanan ni!
Qashmere recently posted..Niat Untuk Bertudung
Tak kesempatan nak singgah for 2nd time…. btw BUBUR MEKDI kot sbb rasanya tak perasan lak KFC ada bubur….hehehehe…. tapi kalau pegi bangi memang meriah sebab banyak tempat makan best2x
hazman aka species1980 recently posted..HAZMAN vs FOOD – Pecel Lele + Jus ALPUKAT Restoran WONG SOLO
Abg Man: Bubur Kepsi juge… both saya suke… hehe
Donny: tak jauh? ape lagi, try la.. ajak saya sekali..heheh
Juan: bukan je nampak..memang sedaapp! ;p
Papa Mifz: try ar sekali skale… ade yg ok jugak..hehe
nadot recently posted..Jom Badminton Jom!
pergh, lepas ni mesti ramai yang datang ke Wadi Hana Islamic Kitchen di Seksyen 9, Bangi. Tidak jauh dari tempat kerja tu
donnyien recently posted..Terbang Tinggi Bagai Burung Rajawali
Aglio Olio Seafood tuh nampak sedap seh
Juan recently posted..Untung RM100 Sebulan Tidak Mengapa Tetapi Jangan Rugi
den kurang berminat makanan Jepun…huhu
papa mifz recently posted..Tempat Menarik dan Tempat Makan Best di Pulau Langkawi..??
alorh…sedapnya…nyum3…bawak la titew g jenjalan makan2..hihihi 😛
syaifuddin alias recently posted..Segmen Bloglist Syaifuddin Alias
Hi …saya pun baru jer upload pics masa makan kat sini tapi branch Johor Bahru di http://www.blogmakanbest.blogspot.com
Senang2 tu singgah le yer….blog saya nih cakap pasal makan jerrr 100% takde topik lain hehe dan kalau bolih follow la yer TQ bebanyak…
Salam Nadot
ni restoran feveret kitorang
best sangat wadihana ni sebab sume makanan sedap2
cuma memang harga agak pricey la
tapi puas hati
satu lagi best kedai dia takde waitress
semua waiter je
hehehe
Shaklee recently posted..Monolog Seorang Hamba