Permohonan Anda Diluluskan!

Alhamdulillah. Dapat SMS dari BPP pagi Jumaat:
(Abaikan keburukan tepon pertama beli sendiri hampir 6 tahun lalu ;p)

IMG_5147

Bukan rumah pun. Just a very small piece of bungalow lot dekat dengan kampung ayah, tapi dalam kawasan perumahan. Yang seronoknya, kampung kitorang dekat Beranang je, just after Semenyih which is 5 minute away dari projek SP Setia yang baru kat area Rinching tu (Setia Eco Hill). Sebab aku dengar Sp Setia akan masuk situ la, aku terus cari lot banglo kat sini sementara tengah mampu lagi di cover loan.

Sebenarnya, niat tak nak sentuh dulu Loan Kerajaan ni. Nak la tunggu sampai balik belajar, then combine loan dengan Dude untuk beli rumah untuk duduk di mana-mana – ala, macam kebanyakkan orang-orang gomen lain punya perancangan. Hohoho.

Tapi, aku bukan ‘orang gomen lain’. Aku suke ikut aci redah aku. Kalau aku rasa nak & rasa betul, aku buat juga. Lagipun nak beli tanah, pinjam kat bank mesti Margin of Finance mesti rendah gila. Takda cash dah aku nak cover. Kalau dengan BPP, dapat la 100%. Alhamdulillah. Aku tak tau la keputusan ni betul ke tak, tapi semuanya aku serahkan pada Allah untuk menjaga dan melindungi.

Tau, kalau dari pandangan mata kasar investor tegar, apa yang aku buat agak merugikan. Ye la, bayar tanah untuk jangka masa yang lama tanpa dapat positive cashflow dari pembelian tu. Duit + gaji bukan banyak mane pun. Kira kalau beli ni memang cukup-cukup makan je la pas ni (hint mintak orang belanja..hohoho).

Tapi sebab aku pikirkan ni pembelian last before aku sambung belajar dan berharap aku akan berjaya dapat PhD supaya gaji pun naik, aku redahkan juga.

Niat aku, nak buat rumah banyak bilik bila ada banyaaaaakk duit nanti. hohoho. Aku berdoa semoga Mak & Ayah akan dipanjang-panjang kan umur sangat-sangat supaya boleh tinggal dalam rumah tu bila kitorang dah mampu untuk bina lah.

Ayah teringin nak balik and tinggal kampung. Adik beradik ayah memang mostly kat kampung lagi. Tu yang kitorang slalu juga balik kampung dan agak rapat yang menyebabkan ayah nak duduk kampung. Tapi sebab tanah kebun ayah yang atok bagi jauh ke dalam kampung kitorang, lepas tu berbukit, lepas tu mak tak boleh kalau takda majlis perbandaran ke apa untuk angkut sampah. Sangat hygienic mak aku tu. Hehe

So, bila dengar aku beli kat situ, mak suka sangat la. Sebab memang dalam kawasan taman perumahan, so ada la Majlis Perbandaran nya angkat sampah etc. Dah la memang 5 minit je dari rumah kampung kitorang. Tu yang aku berharap ada rezeki untuk buat rumah kat situ dalam masa 10 tahun dari sekarang target aku. Mampu ke? huhuhu..

Semoga sempat la masa tu untuk aku kumpul duit buat rumah untuk mak ayah tinggal sekali bila-bila diorang nak especially time ada kenduri kat kampung. Tak larat dah kot ayah nak drive ulang alik dari KL bila dah sangat tua nanti. Diorang tinggal situ je pun takpe sebab planningya, kalau aku masih mengajar di Shah Alam, kitorang nak duduk je Kuarters Putrajaya.

Aku berdoa sangat semoga la impian aku ni dipermudahkan dan dapat tercapai. Plan je, apa yang jadi nanti ketentuan Allah juga semuanya.

Banyak sangat la pulak impian aku. Nak dapat sambung PhD la, nak buat rumah la etc, tapi amal ibadah teruk je lagi. Tak usaha untuk perbaiki sangat. Kadang rajin, kadang malas. Tapi nak minta macam-macam. Astaghfirullahalazim… Semoga diberikan la kekuatan untuk aku beurbah.

Amiinn Ya Rabbal ‘Alamin

Later! πŸ™‚

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

48 Comments

  1. aslam January 21, 2013
    • nadot January 21, 2013
  2. hafizrahim January 21, 2013
    • nadot January 21, 2013
  3. NoReason January 21, 2013
  4. elly-daily January 21, 2013
    • nadot January 21, 2013
  5. Anuar January 21, 2013
    • nadot January 21, 2013
  6. Encik Din January 21, 2013
    • nadot January 21, 2013
      • Encik Din January 21, 2013
        • nadot January 21, 2013
    • nadot January 21, 2013
  7. azue January 21, 2013
    • nadot January 21, 2013
  8. aimannajmy January 21, 2013
    • nadot January 21, 2013
  9. titan January 21, 2013
  10. sweetkurma January 21, 2013
    • nadot January 21, 2013
  11. akubiomed January 21, 2013
  12. JMR January 21, 2013
  13. hafizmd January 21, 2013
  14. sharafie January 21, 2013
  15. ishy January 22, 2013
    • nadot January 22, 2013
  16. papa mifz January 22, 2013
  17. sazuwi January 22, 2013
    • nadot January 22, 2013
  18. donnyien January 22, 2013
  19. boni kacak January 22, 2013
    • nadot January 22, 2013
  20. Wak Gelasβ„’ January 30, 2013
    • nadot January 31, 2013
  21. blog amir August 18, 2014

Leave a Reply to boni kacak Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin Β· Log out Β· Entries RSS Β· Comments RSS Β·