Selama aku hidup ni, aku makan di Nando’s cuma sekali. Tu pun 7-8 tahun lepas, masa masih belajar di UM. Sebelum tu, aku suka gila dekat Kenny Rogers, so bila makan Nando’s buat pertama kali tu, aku tak berapa gemar, so setia la dengan Kenny Rogers sampai sekarang.
Tak pernah la aku teringin sangat nak try lagi Nando’s bila dah tua ni. Tapi entri bergambar dari Eyriqazz baru-baru ni, menimbulkan suatu perasaan misteri dalam hati aku. Rasa macam perlu je terjah nando’s segera. Hohohoho.
So, 4-5 hari lepas entri berhantu tu, aku terus la pergi ke Alamanda, Putrajaya untuk Terjah Nando’s.
Aku order:
1/4 Peri Peri Chicken EXTRA HOT with 2 sides – RM 17.90
Kalau korang tanak ambik sides pun tak pa. Harga jadi RM10.90 je. Tapi perut aku kan mengade. Semua nak ada side dish jee.. hoho
So, sides yang aku pilih ialah Spicy Rice & Spinach.
Dude ambik meal yang sama cuma chicken nya HOT je, bukan EXTRA HOT macam aku. Dan side dish nya adalah Sweet Potato Mash & Grilled Vegetables.
Dan selepas merasa Peri Peri Chicken yang baru pernah makan sekali sangat-sangat lama dulu, aku dah jatuh cinta kot. Even Dude pun suka ayam ni. Rasanya masa aku tak berapa nak suka dulu, lain kot. Hehehehe. Tapi serius la, sedap gak kot ayam Nando’s ni. Pedas yang best! Even dah EXTRA HOT, aku tambah lagi sosnya sebab tak cukup. So, esoknya memang banyak kali snagat la ke toilet. Tapi tak kisah. Aku PUAS! hahahaha
Sidesnya pun sedap. AKu tak berapa makan sayur, tapi aku cuba juga untuk rasa Spinach dia. Rasa dia okay. AKu makan sampai habis. Cuma kalau lah ada perasa lebih sikit or tambah garam sikit ke, lagi sedap kot. Macam kurang rasa sikit. Tapi of course la habis. Hehehe. Spicy rice dia sangat best juga. Sweet Potato Mash pun sedap je sebab aku memang suka je keledek. Grilled vege dia aku tak rasa sebab tak reti makan sayur-sayur grilled ni. hehe
Sebab terpengaruh dengan Eyriqazz juga lah, aku ambil dessert. Kira Eyriqazz la bersalah menjadikan aku banyak makan pada hari tu. Hehehe. So, aku tiru Eyriqazz dan ambik:
Caramel Cheesecake – RM6.90
Combination kegemaran aku – caramel dan cheese. Ya, aku memang suka benda yang menggemukkan. Hahaha. Serius, memang sedap. Rasa caramel yang pekat atas kek cheese tu. Fullamaaakk.. Cair di mulut tuu.. Hohoho.. Tapi mungkin akan ada sesetengah orang tak boleh terima kot sebab caramel dia agak manis. Tapi aku ok je, share dengan Dude, habis je. Hehehe
Memang sedap la Nando’s ni. Memang sure akan diterjah lagi one day. 2 bulan lagi kot. Hohoho.
Kalau ada yang tanya mana sedap antara Kenny Rogers dan Nando’s, memang susah nak jawab. Tak boleh compare sebab both adalah different. Kenny Rogers makanan Western biasa berasal dari US sana, Nando’s pulak adalah Portuguese style punya. Dua-dua sedap. So, pergi la makan dua-dua.. Hehehe
Tapi sebelum korang pegi makan tu, nak minta tolong lagi la.. Hahaha
Aku nak minta jasa baik korang untuk tolong undi blog ni bagi kategori ‘Favourite Foodie Blog’ untuk MSMW 2013. Perlu registerkan semua email yang korang ada (haha) dan aktifkan, lepas tu boleh login dan VOTE! Saaaaayaang korang! (^_^) TQ eh
Later! ;p
nandos, one of my favourite..sebabnya dulu wife selalu ajak makan sana..dia kurang sikit makan kenny rogers..hehehe
hafizrahim recently posted..Taiping Bandar Kenangan
tu la..lain orang lain taste nya kan..dah suka nandos juge.. hehe
nadot recently posted..Big Brother Shah Alam Lagi?!? (Part 3)
sedapnyer kek tu..
aqu mad recently posted..masuk tadika !
Aqu Mad: serius sedap wpun manis sikit..hehe
Beckhrooy: tu la..jarang gak pergi..tapi kena tambah kekerapan sbb sedap.. 😉
Anuar: tu je yang ‘agak’ dekat dengan rumah.. Kalau ikutkan lagi suka pergi One Utama…hehe
nadot recently posted..Big Brother Shah Alam Lagi?!? (Part 3)
memang sedap nandos ni, tapi jarang pergi ke sini
beckhrooy recently posted..Promosi Domain Dot My (.My) Percuma 2013
Bestnya dapat makan-makan dekat Alamanda Putrajaya… Kalau ada masa boleh gak cuba jalan-jalan cari makanan dekat sini…
Anuar recently posted..10 Blogger Terbaik Malaysia
PM tak berapa suka sos Nandos…
papa mifz recently posted..Sedang Menyanyi, Disuruhnya Diam Pulak
Papa Mifz: Dulu saya tak suka kot tu yang try sekali tak nak dah… tapi serius bila makan kali ni, sedap pulak rasa 😉
Ishy: Memang sangat wallaa! hehe
Juan: Memang patut berkenan sebab best! hoho
nadot recently posted..Big Brother Shah Alam Lagi?!? (Part 3)
caremel+cheese=wallaaa!
antara semua tuh aku berkenan dengan cheese cake tuh
Juan recently posted..Resepi Mana Sedap – Kailan Goreng atau Kailan Ikan Masin
nampak macam sedap je caramel cheesecake tu
tapi tak la boleh ke sana
jauh tu
TehR recently posted..Perlawanaan Akhir Terbuka Malaysia 2013
TehR: memang sedaap!!..takpe, skali skale kalau turun negeri yg ada Nando’s, sila makan k..hehe
Arrazi: sya yg menulis pun terpaksa telan air liur.. hoho
Mr Titanium: boleh la try..sorang ke, family ke, best je!..hoho
nadot recently posted..Big Brother Shah Alam Lagi?!? (Part 3)
Nampak makanan tu terus terkeluar air liurnya. Terbaik makanannya.
Arrazi recently posted..Teknik Mempergunakan Orang Lain
antara nandos dgn kenny rodgers, saya lagi suka kenny rogers. nandos jarang sangat makan. haha.
khairil recently posted..Pengalaman Tengok Orang Kena Rasuk Dan Kisah Seram Di UiTM Seri Iskandar
Khairil: Dulu macam tu gak.. sampai naik bosan dah dgn KRR.. tu yg try nando’s dan sedap pulak rasanya..hehe
Elly: hahahah…perlu eh dipsychokan diri… tapi mmg best 😉
nadot recently posted..Big Brother Shah Alam Lagi?!? (Part 3)
Memang prefer Nando’s dari Kenny. Sbb ayam dia macam kurang lemak gitu… Hihihi psycho diri supaya rasa tak bersalah makan fastfood.
Elieza recently posted..Cuti-cuti Malaysia Cameron Highland Part 2
Elieza: perlu eh psychokan diri? hehehe
aku BioMEd: nak try nanti ajak la saya.. haha
Aiman: takpe..turun KL bila2 makan lagi..hehe
nadot recently posted..Permohonan Anda Diluluskan!
Belum pernah menjejak kaki ke Nandos. Mungkin satu hari nanti.
akubiomed recently posted..Badminton Terbuka Malaysia 2013 milik Lee Chong Wei
makk aihh dah lama tak lepak makan nando huhu.. kat belah sungai petani ni takdak pun lagi huhu
aimannajmy recently posted..Lepak memancing di jambatan Pulau Bunting Yan
Kalau makan NANDOS nie teringat time abang man set platter ngan h/mate si Faizal tu… 4 orang punya makan – kitorang berdua selamba je kasi abiskan….ekekekeke
hazman aka species1980 recently posted..Tips Buat Pelanggan Terkinja-kinja Mahu Servis / Produk Kita
waaahh.. overr abg man..hehe..
len kali panggil saya join… at least bertiga.. haha
nadot recently posted..Permohonan Anda Diluluskan!
pehh..hari-hari makan sedap ko ye..
titan recently posted..Demam pertama tahun 2013.
selang 3-4 hari la titan 😉
nadot recently posted..Permohonan Anda Diluluskan!