2012 Tahunku Yang Cantik

Sememangnya, tahun 2012 tahunku yang cantik sangat. (^_^). Tahun 2012 yang bakal ditinggalkan beberapa hari lagi, banyak meninggalkan peristiwa-peristiwa ‘cantik’ untuk aku kenangkan.

Bermula dari Januari, bila diumumkan kerajaan kenaikan gaji dari RM90++ setahun kepada RM200++ setahun, menjadi ala-ala petanda bagi yang tahun 2012 akan menjadi satu tahun yang cantik untuk aku. (Poyo sangat… ;p)

Kalau nak cerita semua peristiwa best yang berlaku, memang 5 malam pun aku takkan habis menulis. Mukadimah je dah 3 muka surat, maklumlah, lecturer. Banyak je nak cakapnya. Hahaha

Tapi yang paling cantik sekali, kira ‘Highlight of the Year’ la kiranya, adalah bila aku mula mengaktifkan diri dalam berblogging pada bulan Jun 2012. Memang la aku bermula balik tu masa tengah sedih, sebab Dude kena pergi kursus 6 bulan, tapi kesan aku berblogging ke atas kesunyian hidup aku memang sangat hebat! Masa tengah best tu, aku siap berharap yang kursus Dude yang sepatutnya hanya 6 bulan dipanjangkan kepada 1 tahun. Hahahaha. Okay, tu aku tipu. (^_^)

Antara event yang aku dapat pergi hasil dari aku mula berblogging ialah Seminar Jom Kurus Bersama Kevin Zahri khas untuk blogger anjuran bersama Puan Bee dan juga Pizza Hut Red Carpet Partyyang aku dapat info nya dari blog Abang Hazman (yang aku tak akan tau jika aku tak mula berblogging). Dan dari event-event yang aku hadiri ni, aku berkesempatan bertemu dengan blogger-blogger hebat seperti Eyriqazz, Nurul Siezuka, Kak Jie dan ramai lagi.

Bermain Guitar Hero bersama Blogger Hebat (tapi main game tak hebat sangat), Eyriqazz. Hahaha. Jangan marah bang ;p

Bermain Guitar Hero bersama Blogger Hebat (tapi main game tak hebat sangat), Eyriqazz. Hahaha. Jangan marah bang ;p

Disebabkan berblogging juga, aku berkesempatan bertemu dengan blogger personal paling hebat, Denaihati ketika dijemput untuk minum-minum di NZ oleh Abang Ensem bersama-sama blogger lain seperti Abang Zarul Umbrella yang kacak, Boni Kacak yang ‘kacak sangat’ ;p, Shakiddo yang kaya dengan CPUV nya, Ariff Shah Raja SEO dan lain-lain.

Bersama Blogger-blogger hebat dalam sesi mengepow Abang Ensem di NZ ;)

Bersama Blogger-blogger hebat dalam sesi mengepow Abang Ensem di NZ 😉

Event lain yang aku berkesempatan untuk join disebabkan aku mula berblogging adalah seperti bersarapan bersama Abang Ensem di Restoran Gembira Seksyen 3, lepak di Seksyen 3 bersama Abang Ensem, berjumpa Abang Ensem untuk sarapan, pergi ke Seksyen 3 untuk sarapan dengan Abang Ensem dan seterusnya. Bosan kan event ni? Hahahaha.

Bertambah cantik lagi tahun 2012 aku bila Nuffnang dengan baiknya memberikan lebih 20 iklan CPUV untuk tahun ni yang bakal aku cash out kan hujung bulan ni walaupun nilainya sangat sedikit. Dah cecah 3 angka tu, cash out je la. Hehehe.

Ikutkan hati nak je aku sambung bercerita lagi, tapi nanti Si Pudin pening nak baca dan awal-awal mereject penyertaan aku untuk contest SEO Extravaganza yang beliau anjurkan ni. Walaupun aku tahu bila bab melibatkan SEO ni, entri aku tak akan berada di 3 page pertama google (ye, aku memang tak se’confident’ Titan ;p), tapi kena lah ambik hati tuan punya contest ni, kot la dapat apa-apa. Hahaha.

Apapun semoga tahun 2013 dan tahun-tahun akan datang akan menjanjikan sesuatu yang lebih cantik untuk aku dan kita semua. Doakan ye. (^_^)

Contest ini Ditaja khas oleh : Ciktom, mksyahir, FauziBlues, eizil network, lepakk[dot]com, LadFeamir , My Arazzipenmerah[dot]com , nurmisnan dan puanbee[dot]com

Later! (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

40 Comments

  1. syaifuddin alias December 25, 2012
  2. AkmaOmar December 25, 2012
  3. papa mifz December 25, 2012
  4. Aniqbukhary32 December 25, 2012
  5. titan December 25, 2012
  6. hazman aka species1980 December 25, 2012
  7. Kujie December 25, 2012
    • nadot December 25, 2012
  8. akubiomed December 25, 2012
  9. boni kacak December 26, 2012
  10. abangensem December 26, 2012
  11. Hazmin Hamudin December 26, 2012
  12. Myra Jay December 26, 2012
  13. Denaihati December 26, 2012
  14. sweetkurma December 26, 2012
    • nadot December 26, 2012
  15. Sop December 26, 2012
  16. JomJalan December 27, 2012
  17. Hafizul December 28, 2012
  18. halif December 28, 2012
  19. ohcikgu December 30, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·