Yeo’s Pilihanku Di Mana Saja Aku Berada

Dari dulu, dari semasa aku masih di Malaysia, tak pernah tak ada Yeo’s Teh Krisantimum atau Yeo’s Susu Soya dalam peti sejuk di rumah aku di Putrajaya, kegemaran aku dan Nawfal. Pantang kotak ringan sikit, terus beli 2-3 kotak lagi tambah stok. Kalau rasa dahaga masa sedang keluar jalan-jalan, Yeo’s Teh Ais Limau dalam tin menjadi pilihan aku. Hilang dahaga. Lebih sihat dari minum air berkarbonat yang selalu sangat aku minum zaman remaja dulu-dulu.

Jadi, bila dah menjejakkan kaki di bumi Edinburgh ni, aku agak sedih juga. Walaupun tak berapa susah untuk mencari makanan atau minuman halal, tetapi tetap tak sama rasanya dengan produk-produk dari Malaysia. Rindu sangat.

Pada suatu hari, di pagi Ahad, selepas mendapat maklumat dari kawan-kawan di sini tentang kedai Matthew’s Food Store yang menjual produk-produk dari Asia, kami sekeluarga pun menujulah ke kedai tersebut untuk membeli bahan-bahan mentah untuk memasak. Baru beberapa langkah aku menjejakkan kaki ke dalam kedai tersebut, aku mula rasa macam nak menangis. Sayu, gembira, semua perasaan bercampur baur. Rak pertama berhampiran dengan pintu masuk, aku dah nampak sederet air minuman jenama Yeo’s – Teh Krisantimum, Teh Limau & Soya. Siap dengan tanda halal dari JAKIM lagi. Apa lagi, haruslah aku borong semua sekali buat stok di musim sejuk. 🙂

Tak sabar nak tunggu sampai rumah, dalam kereta aku dah buka dan minum Yeo’s Teh Ais Limau seperti yang pernah aku pos kan di Facebook bulan lepas:

Yeos

Kenapa aku pilih minuman dari jenama Yeo’s?

Sebab aku yakin dengan jenama ni. Sebelum merdeka lagi iaitu pada tahun 1953, Yeo’s Malaysia menjadi perintis dalam membotolkan air soya & teh krisantimum ni, antara dua air kegemaran aku dan si kecik Nawfal. Tetapi seawal tahun 1940-an Yeo’s dah mula bertapak di Malaysia dengan produk kicap, sehinggalah ke hari ini di mana Yeo’s telah terkenal ke serata dunia. Dari tahun ke tahun, Yeo’s makin hebat dan makin banyak jenis produk makanan dan minuman yang di tawarkan. Kalau negara luar pun mengenali dan menggunakan produk Yeo’s,  haruslah sebagai rakyat Malaysia, Yeo’s menjadi pilihan aku juga. Selain dari halal dan tanpa pengawet, rasa minuman dari jenama Yeo’s ni memang sangat sedap. Itu yang paling penting untuk aku. Dan atas sebab-sebab inilah, walaupun aku jauh di perantauan, Yeo’s tetap menjadi pilihan aku dan memenuhkan ruang dalam peti sejuk aku di bumi United Kingdom ni.

Kalau suatu hari nanti aku hendak mengadakan jamuan untuk kawan-kawan dan penyelia di universiti yang datang dari pelbagai negara di ceruk dunia, aku pasti akan beli rangkaian minuman dari jenama Yeo’s ni, supaya mereka tahu, produk dari Malaysia adalah sangat hebat sehingga boleh menembusi pasaran dunia.

Yeos 1

Untuk mengetahui produk-produk lain di bawah jenama Yeo’s ni, boleh la layari laman web Yeo’s Malaysia di http://www.yeos.com.my

Ataupun, boleh jugak menggunakan laman media sosial Yeo’s Malaysia seperti:

Facebook : https://www.facebook.com/YeosMalaysia

Twitter : https://twitter.com/YeosMalaysia

Instagram : http://instagram.com/yeosmalaysia

Disebabkan kegembiraan dan kerterujaan jumpa minuman Yeo’s di sini, pertama kali aku berjaya membuat video sendiri ala-ala iklan hari raya Petronas yang syahdu di perantauan. Suara pencerita pada latar belakang iklan yang sangat komersial tu yang sangat mahal, tapi dapat menggunakan khidmat beliau secara percuma je. Sebab beliau pun sangat suka dengan Yeo’s. Hehe.

Syahdu tak? Syahdu kan? (^_^)
Mesti rasa macam nak nangis kan? Ke, rasa nak gelak? Bagi chance aku poyo sekali sekala okay? Hohoho

Walaupun tak banyak masa tinggal, masih sempat lagi nak sertai contest Yeo’s Malaysia ni, sempena acara Sepetang Bersama Blogger 2014 yang aku sangat sedih sebab tak dapat turut serta. 🙁

yeos-minicontest-468x60

 

Sempena contest Yeo’s ni, minta tolong kawan-kawan tekan butang Share FB & Google Plus kat bawah entry ni pleaseee…. Hehehe.

Jaga diri ye semua dekat Malaysia.

Later! 🙂

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

41 Comments

  1. hazman aka species1980 February 10, 2014
  2. KiD February 10, 2014
  3. Azri Johan February 11, 2014
  4. bakhtiarsharif February 11, 2014
  5. titan February 11, 2014
  6. Denaihati February 11, 2014
  7. sweetkurma February 11, 2014
  8. Farzli February 11, 2014
  9. eyriqazz February 11, 2014
  10. AkmaOmar February 11, 2014
  11. Zarul Umbrella February 11, 2014
  12. Hafiz Rahim February 11, 2014
  13. Blogger Babyface February 11, 2014
  14. papa mifz February 12, 2014
  15. Abang Ensem Berketak February 13, 2014
  16. profhariz February 13, 2014
  17. azlanvai February 16, 2014
  18. cikgu naman February 17, 2014
  19. ema February 17, 2014
  20. akubiomed February 17, 2014
  21. Mak lagenda February 18, 2014
  22. Akuro San February 18, 2014
  23. Yana Sakura March 1, 2014
  24. Hafizul March 3, 2014
  25. titan March 24, 2014
  26. luthfi September 27, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·