Awal bulan November hari tu, lepas teman Mizah pergi beli barang-barang baby, kitorang yang kelaparan dan malas nak mencarik restoran tempat lain decide untuk makan je kat restoran bawah kedai baby tu, Restoran Mr Steak House yang terletak di Laman Seri Business Park di Seksyen 13, Shah Alam .
Lokasi Restoran
Kalau ikut review dari beberapa blog yang Mizah baca, diorang kate, okay jugak la. Dan daripada keramaian pelangaan yang kebetulan masa tu tengah lunch hour, boleh tahan jugak la walaupun bukan la full house.
Agak surprise jugak sebab harga makanan bagi aku ‘agak murah’ la untuk sebuah restoran walaupun restoran biasa-biasa. MAcam harga gerai-gerai dekat Uptown & gerai makan lain je.

Menu & Harga
Untuk harga RM8.90 je, walaupun portion dia dikategorikan sebagai normal je, tapi sebab rase dia yang agak okay, berbaloi la jugak bagi aku. Memang la William’s Corner & Big Brother tetap teratas dalam carta hati aku untuk Western Food – buat masa sekarang, tapi not bad la dengan harga dan rasa makanan dia.
Aku pulak cam biase, mane boleh kalah dengan Mizah, aku order:

Rasa Makanan
Walaupun nama menu adalah Chicken Combo, tapi bukan semata ayam je dalam ni. Diorang combokan sekali dengan 2 kepingan lamb, grilled chicken bahagian thigh dan beberapa ekor udang normal. Dan portion dia, boleh tahan gak la. Ye la, dapat 2 keping lamb chop yang bagi kitorang agak sedap jugak – cume tak berape cukup lembut je bagi aku, gravy dia pun boleh tahan jugak. Cume bagi aku, kan best kalau dapat udang galah instead of udang kecik..hehehe.. Ye, aku tamak.. ;p
Dan suprisingly, kali ni aku tak akan gunekan ayat cliche aku dimana aku tak order pun side dish. konon insaf la kan tak nak makan banyak. Hampeh.. esoknye makan luar order balik side dish.. Hohohoho…

Verdict
Air plak cam biase antare fav aku:
Yang air suam tu Mizah punye. Dia jage badan sekarang. Aku jage perut je. (^_^)

Muka yang dicontrolkan untuk menyembunyikan ketidak sabaran aku nak terkam makanan tu. Habis ambik gambar je, dah takde muke aku se ayu ni. Tudung senget benget, baju comot kene gravy, agak mengerikan gak la.. Hahaha..