Bila Nadot memasak (phewwwiittt)
Umum mengetahui, aku adalah orang paling malas dalam dunia. Tapi kadang2 bila terpaksa, perlu juga melawan rasa malas, untuk keterushidupan. heheh.
Sejak balik dr belajar thn 2008, rasanye tak sampai 50 kali aku memasak. Masa kat sana, sbb terpaksa masak, rasa hebat gile. Bile balik, pegang sudip pun mcm janggal (Hoveeerr sangaatt kaannn..!)..
Last Friday, kami anak beranak balik ke kuarters kami di Putrajaya – tidur untuk 2 malam selepas 11 bulan x penah tido situ – after gave birth (sbb x jumpa org nak jaga Nawfal). Pagi Sabtu, we had our breakfast at Mau’s new house with the rest of ‘sehengus’ (Mau, Yah, Amal, Shidah & Pnut).
Ahad plak, xde sape ajak datang rumah (hahaha). Nak keluar pun malas. Maka aku masak la benda yg sgt simple tp aku suke, Spaghetti AGLIO OLIO.
Biasa orang masak Aglio Olio, letak seafood. Tapi aku kalau masak seafood mcm jarang menjadi, so aku ske letak daging. Nak tahu resepi malas aku, sila la tgk di bawah. =)
Bahan-bahannya ialah (^_^):
Olive oil (secukup rasa)
Bawang putih dicincang halus (kalau guna satu paket spaghetti yg 500g tu, aku letak satu labu terus)
Spaghetti of course
Mixed Herb (secukup rasa)
Black Pepper (secukup rasa)
1 Kiub Pati Ayam (ni ambik gmbr je sbb br prasan dah expiry date 2011 lagi – tp x letak pun no hal)
Cendawan (aku suka white button mushroom – yg fresh, bkn dlm tin; tp oyster mushroom pun sdp. saje tkr2)
Broccoli (sesikit yg mungkin – sbb aku x ske sayur. hahaha)
Daging cincang (biasa aku letak gak beef bacon ke, hotdog ke, or daging ketul yg aku hiris2 kecik2 ke.. ikut suke)
Cili padi dihiris-hiris (Secukup rasa)
Seperti yg puan2 (ehem) boleh baca, no exact measure/amount of the ingredients can be provided. Semua secukup rasa je..tak cukup tambah.. terlebey, masak balik semula. hohoho.
Cara memasak:
Panaskan kuali dengan olive oil (letak butter/marjerin dulu pun boleh utk tambah lemak di badan bau). Masukkan bawang putih, Jgn sampai kuning/hangus, x cantik nnt.. Sambil2 tu, aku letak gak mixed herb, black pepper n garam. Saje nak bg ade rase bile masukkan daging nnt. Lps tu, aku masuk daging, gaul2, agak2 masak, letak cendawan n broccoli. Aku campur lg garam, mixed herb dgn black pepper (ye, tau, redundant. Ada aku kesah? ;p). Nampak mcm kering, tambah la lg olive oil. Bila rasa sume dah ok, masukkan la spaghetti. Siap!! =)
Dah letak dlm pinggan, tabur la cili padi yg dah dihiris tu. Selalunye aku campur awal2 cili padi, tp sbb nak bg Nawfal mkn skali, so tambah kemudian.
Minced Beef Aglio Olio |
Macam biasa la, apa2 yg aku masak, portion untuk aku 3/4, utk Dude 1/4 je. Tu aku benci masak, sebab aku yg makan banyak pastuh. Menciikk! (selalu tukang masak cpt kenyang lps asyik dok rase2 mase masak; aku sgt opposite.huhuh).
Later! =)
Dah macam aglio olio kat flora cafe ampwalk tu..perghhh!!!
~FP~
Wahhh looks yummehhh, belum pernah try lagik ni buat minced beef olio. Selalunya saya baut spageti seafood =P
@Anonymous
Kak FP, tak penah mkn situ..sedap ke? i bet mine tastes better..hohoho
@sarah mohamad
Sarah, don't be deceived by the look. Rasa biase saje..hehehe. Tu la teringin gak wat gune seafood. Tp takut sndri masak x sdp.hehe
kak nadot…nampak sedap nieh
kita dah add blog akak…
kalau rajin kunjungilah my blog..hehe
ctsueraya.blogpot.com
sue
@ctsueraya
nampak je sue…hehehe..
insyaAllah akak visit nnt… thanks.. =)