Masa di Malaysia, walaupun biasa dengar tentang hubungan songsang atau hubungan sejenis atau homoseksual ni, tapi tak ada la orang sekeliling aku yang ada hubungan macam tu. Tak tau la kalau diorang pandai merahsiakan dan aku tak tau ke. Hehe.
So, bila dekat sini, bila ada pasangan perempuan dalam office aku yang mengamalkan hubungan songsang ni, aku pun agak confuse, terkesima, terfikir, dan macam-macamlah perasaan bercampur baur..hehehe. Dah la aku borak juga dengan diorang kadang-kadang. Sambil borak mesti otak aku terfikir je macam mana diorang macam ni sebab ala-ala perempuan sejati gak la. Memang diorang dah register sebagai civil partnership pun dekat sini, kiranya dah officially macam pasangan suami isteri la tu.
Civil Partnership tu maksudnya adalah ‘perhubungan yang sah’ yang boleh didaftarkan oleh pasangan sama jantina.
Itu yang perempuan.
Lepas tu, ada sorang student Master lelaki kat sini yang aku pernah borak la gak dengan dia sekali, aku dapat tau, dia adalah gay dari tanpa sengaja mencuri dengar perbualan orang. Hehe.
Masa tu kawan tu cerita. “C has a fiance, he’s already in his 40s and working as a lawyer”. Yang si C tu sambil buat Master sambil kerja juga sebab rasa bersalah ‘tunang’ dia je yang bayar everything menampung kehidupan diorang. So, yang dok mengumpat tu, bukan umpatkan pasal diorang Gay, tapi umpatkan pasal tunang dia yang bagi si C ni kerja jugak walaupun tahu kalau ambik Master by coursework ni memang busy. Betapa tak kisahnya diorang dengan hubungan sejenis ni.
Ada juga aku tanya sorang technician kat sini, yang hubungan songsang ni memang dah betul-betul widely accepted ke kat UK ni. Dia kata orang-orang kampung or yang tua-tua tak berapa boleh terima lagi la. Orang-orang muda & moden yang tak kisah je. Mungkin bagi sesetengah orang, benda ni benda biasa, tak payah nak hairan sangat. Tapi walaupun memang dari dulu tahu pasal kewujudan hubungan songsang ni, aku tetap rasa confuse gila.
Kadang-kadang bila dok sini, dan terdedah dengan perkara macam ni, rasa risau gila. Rasa dekat je dengan orang-orang macam ni, yang kalau Allah nak bagi bala, aku pun boleh terkena tempiasnya. Kalaulah diorang tau Al-Quran itu benar, dengan cerita-cerita tentang kaum Sadum yang dah ditimpa azab yang dahsyat sebab mengamalkan homoseksual, agaknya diorang buat lagi tak?
Rasanya buat lagi, sebab kita yang Islam tau banyak benda tak boleh buat atau kena buat, tak juga kita ikut sepenuhnya. Astaghfirullah…
Pening kepala, nak kena tidur ni. Hihi.
Later! 😉
aduiiiii jadi penasaran sih
memang menakutkan…budaya begini kat negara saya pun [ kasi saspen sikit] ada berlaku cuma semua under cover!
Hero Borneo recently posted..Panduan Penting Hadapi Cuaca Panas
Kalau dorang tahu Al-Quran itu benar masih belum menentukan mereka tidak akan buat perbuatan sonsang ini. Berapa ramai yang tahu solat itu wajib tetapi masih meninggalkannya, berapa ramai yang tahu rokok itu haram tetapi masih enak menghisapnya. Kerana tahu, faham dan amal itu berbeza.
Naziman Azlye recently posted..Dihalau Keluar Dewan Peperiksaan kerana Purdah
Doa moga dikuatkan dan ditetapkan iman disana..
Duduk negara orang memang mencabar especially dengan hukum Halal Haram ni kan..
Myra Jay recently posted..Kejutan di hari lahir Suamiku
Hubungan songsang ni kat Malaysia pun dah berlambak. Kes LGBT, ingat tak? Doa selalu supaya ditetapkan iman. Selamat berpuasa Nadot.
Rabia Sensei recently posted..The #Selfie Phenomenon
Semoga dilindungi Nadot…
Hairul Azni recently posted..Esok Dah Nak Mula Puasa
Seram dengarnya..harap Sis akan cepat habis urusan di sana dan tinggalkan golongan macam tu..
Hijab Terkini recently posted..Syukur Alhamdulillah..
Budaya diaorang dengan budaya kita tak sama..banyakkan sabar dan kuatkan semangat sepanjang di sana Nadot..
iOSGEAR recently posted..Bagaimana Cara Mengurang Atau Menguatkan Bunyi Suara Siri
Pastu kalau borak secara ‘intelek’ sikit, mesti masuk modal bab ‘population boom’. Aduhai.
NotaKembara recently posted..Kembara Tasmania 2014 â Part 4 (Akhir): Hari Terakhir di Tasmania
aku masa kat universiti dulu baru benar-benar terkejut sebab benda nih. Sebab tak kira pempuan ke..laki ke..aku dah jumpa merata-rata..
Tapi lom lagi tahap nikah sama sejenis la. haha..
Malaysia lom lagi tahap tu. Harap-harap tidak lah..
titan recently posted..Sayang, Hadiahkan Abang kasut Rocklander ni, boleh?
Alhamdulillah. Allah masih pelihara mata dari melihat fenomena kuning ni.
Semoga Malaysia terus aman dan diberkati Allah swt
Mazni Azmi recently posted..Set Bersalin Shaklee Lengkap Untuk Asas Pengalaman Berpantang Terbaik?
Semoga kita dilindungi dari musibah-musibah di muka bumi.
luthfi recently posted..Perbaikan Kulit Malam Hari