Setelah hampir dua bulan, penantian aku dan yang paling teruk menanti, Dude, berakhir juga.
Nawfal akhirnya, pada petang Jumaat yang penuh barakah, 9 May 2014, pada usia 2 tahun 10 bulan 17 hari, pergi kepada daddynya dan bercakap:
“Daddy, nak poo poo!”
Daddy yang dekat dapur masa tu, terus menjerit kat aku suruh attend Nawfal yang katanya nak poo poo. Aku pun berlari dekat Nawfal yang dah berdiri depan toilet tengah nak bukak seluar tapi slow, dukung dia, bukakkan seluar dia, letak dia atas toilet bowl, dan dia terus kencing.
“Mummy, dah!”
“Eh, kata nak poo poo.”
“Dah poo poo.”
Okay, Nawfal confuse apa maksud poo poo dengan wee wee la tu gamaknya. Hoho.
Tapi tak kisah la, sebab ini first time Nawfal cakap sebelum terbabas! Padahal baru je pos dalam facebook few days ago:
Kitorang start potty train Nawfal dengan tak memakaikan pampers waktu siang kat rumah dalam tengah/akhir bulan Mac. Dan yang banyak buat kerja nya Dude lah, dah aku terpaksa dok ofis/farm. Memang sangat menguji kesabaran Dude sungguh. Ye la, tak menang tangan dengan Nazheef masa tu baru masuk 5 bulan & nak berdukung aje, buat kerja rumah, dengan Nawfal yang asyik kencing & berak dalam seluar atau kat lantai sebab tak reti nak bercakap minta pergi toilet lagi. Kadang-kadang bila aku balik rumah, bukak-bukak pintu je, Nawfal nampak aku je terus mengadu, “Mummy, daddy ‘mayah’.”
Kesian anak aku, dan pada masa yang sama kesian dekat Dude. Untuk tidak mengstresskan banyak pihak, kitorang decide untuk tidak strict sangat dengan tetap pakaikan pampers masa tidur malam & bila keluar rumah. Kitorang tak ada privileged macam yang dicadangkan dalam blog-blog lain yang suruh cuti seminggu untuk ajar anak, or jangan pakaikan langsung pampers even keluar rumah or malam-malam. Tak mampu dengan keadaan hidup kitorang sekarang. Tapi nak juga start mengajar, so buat je lah apa yang boleh.
Kitorang pelik jugak, mulut Nawfal punyalah macam bertih jagung ikut daddy dia (eehhhh..), bercakap cam orang tua, tapi bab nak bagitau kalau nak ke toilet, tak pernah langsung! Lepas dah terbabas, baru cakap. Tapi kadang-kadang dia boleh diamkan aja sampailah kitorang sendiri yang notice seluar basah atau bau busuk. Aku rasa sebab masa 1st time dan 1st day terbabas, daddy dia dah marah, tu takut sampai tak boleh nak tercakap kot. Huhu.
(Lepas tu daddy dia tak marah dah sebab mummy dah sound sambil berdrama dengan buat ayat2 psiko seperti “sampai hati awak marah anak yang saya kandung 9 bulan bla bla bla.. yang kita hasilkan bersama-sama, bla bla bla…”… hohohoho)
So bila semalam, dia dah mula cakap sebelum sempat terkeluar, aku rasa happy gila. Aku tahu, bila dia dah start boleh bagi tau, bukan la bermakna dia takkan terbabas lagi. Baru tadi pun terbabas sikit 2 kali. Tapi at least ada la perkembangan daripada training ala kadar yang kitorang termampu untuk buat.
Bagi aku la, selagi tak rush nak masuk sekolah ke apa, tapi terasa nak mulakan training, mula je slow-slow, sikit-sikit. Dalam beberapa jam je ke yang kita ada kat rumah. Tak payah nak stress sangat. Tak semua parents boleh nak cuti dan anak-anak pun lain-lain perangai kan. Lambat ke cepat ke, one day akan boleh jugak. Tak ada nya lambat cepat anak tu boleh pergi toilet sendiri menentukan dia pandai atau bodoh ke, baik atau jahat ke masa besar nanti, so mari kita try untuk tidak stress (pesanan untuk diri sendiri) bila didik anak2 time kecik ni. Doa banyak-banyak, insyaAllah…
Walaupun aku & Dude bukanlah baik sangat dengan iman yang aku rasa lagi nipis dari kulit bawang, tapi semogalah anak-anak kitorang sentiasa berada di bawah rahmat dan perlindungan Allah swt dan dengan bantuan-Nya kitorang boleh didik Nawfal & Nazheef (dan adik-adiknya… hihihi) menjadi anak-anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat. Amiiinnn..
Later! 🙂
Berapa sudah umur anak puan? anak saya belum lagi pandai cakap kalau mahu ketandas.
Abdur recently posted..Kelas SEO Malaysia
Tu ada tulis kat atas tu, 2 tahun 10 bulan 17. Dah besar tapi baru nak train. huhuhu
nadot recently posted..Penantian yang Berakhir Juga Akhirnya
Anak saya yang kedua, umur 5 tahun tapi masih pakai pampers kalau tidur..waktu siang memang tak pakai.Kalau ke tadika pun kami tak pakaikan pampers..cuma time tido dia tak pandai lagi nak kontrol air kencing dari keluar..
Hairul Azni recently posted..Selamat Hari Istimewa, Buat Mak
Biasa tu rasanya….. Saya rasa akan buat macam tu juga nanti…. 🙂
nadot recently posted..Penantian yang Berakhir Juga Akhirnya
INSYA ALLAH, kalau diajar selalu dah biasalah tu tanpa pampers. Lama ya penantiannya. hehe
Bahrain recently posted..Oh! Ibu – Jangan Marah Kerana Perkara Kecil
Hai Kak Nadot..I tagged u with Liebster Award!
Kalau sudi, silalah jawab 11 soalan sy..hee
The link is here: http://cikerza.blogspot.com/2014/05/liebster-award-i-got-it-omggg.html
cik nadz recently posted..LIEBSTER AWARD: I got it?! OMGGG
Dah rasa semua tu, cabaran Mak/Ayah dalam membesarkan anak2.
Azman Ismail recently posted..Umi saya cantik, Umi saya baik, Umi saya pandai masak
Terbaiklah nawfal! nanti balik pakcik bagi cokelat…hehe
ok dah tu nadot…2 tahun lebih dah pandai cakap nak poo or wee wee..just nice dah tu..
kalau parent yg bekerjaya ni, biasanya mmg agak payah nak fokus sbb anak2 pagi hantar nursery sejak kecil…so biasanya kalau kat nursery yg ramai org, diorang tak rajin nak tolong trainkan anak utk benda2 ni <– ini pengalaman ambe…hehe
so,tahniah nadot n dude sure for nawfal, nanti adik-adik-adik-adik adik adik adik dia pulak.. =)
hafizmd recently posted..Suami Cemburu? Untunglah!
Nadot
i heard that Einstein talk at 4
so ur son mesti macma einstein nanti
amin 🙂
Shaklee recently posted..LUA NLP by Ateh Zuhairi Nopiah yang Super Awesome
Insya Allah Bisa karena biasa,
luthfi recently posted..Perbaikan Kulit Malam Hari