MoU Antara Al Ansar Health dengan Sinar Permata dan Magnetic Aura

Akhirnya, kerja office aku boleh dikatakan agak siap semuanya kecuali satu. Tapi sebab dateline sangat lama lagi (tahun depan), aku abaikan dulu. Haha. So, baru lah hari ni dapat aku bukak blog dan mula blogwalking sikit-sikit selepas seminggu tak bukak langsung.

So nak cerita, last week, aku dan beberapa blogger best-best berkesempatan untuk menghadiri Majlis Memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Al Ansar Health Sdn Bhd dengan Sinar Permata Resources & Magnetic Aura Sdn Berhad. Majlis ini telah diadakan di Danau Gold Club UKM dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Muhammad Ali Bin Hashim, Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Sebelum ni YB Tan Sri adalah CEO JCorp selama lebih 28 tahun. Hebat hebat…

Ucapan Perasmian dari YB Tan Sri Muhamad Ali Bin Hashim

Al Ansar Group yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Amir Hassan telah meluaskan lagi empayarnya dengan menceburi perniagaan berunsurkan kesihatan (Al Ansar Health) dan bekerjasama dengan dua syarikat yang membekalkan supplemen kesihatan yang telah agak lama established. Sinar Permata yang menyediakan perkhidmatan perubatan untuk masalah resdung, diabetis, masalah mata dll, manakala Magnetic Aura Sdn Bhd pula mengaplikasikan kuasa magnet dan aura untuk menyeimbangkan semula cas positif dan negatif dalam badan yang boleh mengelokkan peredaran darah dalam badan sekaligus mengurangkan kesan pelbagai jenis penyakit.

Yang bestnya, dengan kerjasama ketiga-tiga syarikat ni, beberapa pusat servis rawatan akan dibuka di seluruh Malaysia. Yang berminat untuk menjadi stokis dan membuka Pusat Rawatan dari kalangan bumiputera pun sangat dialu-alukan. Dah la sasaran jualan tahun pertama adalah sebanyak 12 juta. Untung wooo…

Memeterai MoU

Lepas majlis perasmian dan majlis menandatangani MoU, kitorang di bawa ke Bilik Mesyuarat 2 untuk sesi press conference. Masa ni seronok juga mendengar pengalaman Dato Malek Noor yang masih nampak tough (^_^), cerita tentang DPIM dari YB Tan Sri Muhamad Ali Hashim, tentang produk-produk dari syarikat Sinar Permata dan Magnetic Aura. Seronok dan teruja gak la mendengar.

Sesi Press Conference

Habis press conference, ada pulak sesi demo. Abang Ladfe Amir jadi volunteer untuk sesi ni. Nasib baik aku tak stay sampai habis sebab last-last tu, segala lendiran Abg Ladfe keluar, takut terberanak masa tu jugak nanti sebab kegelian yang teramat. Hehehe.

Abg Ladfe Amir jadi volunteer

Tetamu semua dibekalkan dengan produk dari kedua-dua syarikat. Yang best dapat air madu 7 in 1 yang sedap menggunakan air zam-zam dari Magnetic Aura, dan toner yang telah dibacakan dengan Surah Al-Fatihah, Selawat dan doa-doa lain. Memang best!

Terima kasih banyak-banyak kepada Denaihati & Bro Eizil yang bagi peluang untuk kitorang untuk hadir majlis ni. Semoga dengan menandatangani MoU ni, akan membuka lebih banyak rezeki untuk Al Ansar Group dan anak-anak syarikat.

All the best!

Antara Blogger-blogger yang hadir

——

Dengan blogger-blogger cun, Kak Nora & Dayah tidak dilupakan yang paling cantik, kiri sekali, Kak Meorah ;p

Later! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 Comments

  1. titan October 4, 2013
  2. dayah October 4, 2013
  3. Hazmin Hamudin October 5, 2013
  4. hafizmd October 5, 2013
  5. Abang Ensem Berketak October 6, 2013
  6. akubiomed October 6, 2013
  7. eyriqazz October 7, 2013
  8. Denaihati October 8, 2013
  9. profhariz October 14, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·