Tengah-tengah pregnant ni, sambil tengok Alang yang baru dapat baby mengepam susu, teringat pengalaman sendiri pam susu untuk Nawfal yang boleh dikatakan secara eksklusif jugak la sehinggalah Nawfal berusia 10 bulan ++ tanpa campur dengan susu lain.
Aku tak pernah bercita-cita nak bagi anak susu badan lama-lama. Bukan tak nak, tapi kurang pendedahan. Emak dulu-dulu pun bagi kitorang sampai 6 bulan je kot, itupun, mula campur dengan FM (Formula Milk) lepas 44 hari kena masuk kerja balik. Walaupun masa tu Amal & Mau fully bf juga, tapi sebab belum mengalami dan bukannya jumpa selalu, takde la terpengaruh sangat.
Sebelum bersalin, siap beli dah susu Lactogen (susu yang mak guna untuk kami adik beradik – kecuali aku yang kejap je guna Lactogen sebab umur 3 bulan gitu dah terbang ke Jepun ayah sambung belajar. So guna susu jenama jepun la kot, kata mak ;p). Tapi masa pergi spital nak bersalin, takdela aku bawak Lactogen tu, tinggalkan kat rumah je. Aku bersalin pukul 8.45 am, muntah-muntah mamai sampai 12.30 malam. Lebih 15 kali aku muntah dan tak sedar apa-apa yang berlaku kat keliling. Ingat sikit-sikit je. Side effect over gile dari bius tu. Tensen lak. So, mak & Dude yang tolong letakkan Nawfal kat breast untuk menyusu walaupun tak sure ada susu ke tak. So, dah sedar sepenuhnya pukul 12.30 malam tu, lepas makan etc, try pump susu, tak keluar langsung. Telefon Dr Juju mintak susu FM nak bagi baby. Tapi tak dihantar-hantar. Nawfal dah nangis, cuba je la bagi dia menyusu badan, dan Nawfal diam je. So, tak jadi la guna susu FM. Start tu, dah datang azam, tak nak la bagi susu FM.
Hari ke-6, Nawfal masuk hospital balik sebab kuning. Dah masuk hari ketiga di hospital, tak turun-turun kuningnya, padahal tiap-tiap malam lama mengempeng. Asyik menangis je macam lapar sangat. Time tu pelik jugak la kenapa. Doktor dah cadangkan untuk bagi FM. Cadangan yang menakutkan bagi aku. So siang hari ketiga tu, Ros datang melawat, dan cadangkan untuk pam susu, mungkin anak tak pandai hisap lagi etc. So, pada hari itu, breast ku ternoda dengan tiga tangan – tangan aku, tangan Ros & tangan emak yang tolong urut-urut dan keluarkan susu. Sampai sekarang Ros masih suka mengungkit keseronokan dia dapat mengurut breast aku. Hahahaha. Anyway, malam ketiga tu, bagi Nawfal susu yang dapat sikit tapi 2 botol, dan NAwfal tido dengan lena tanpa menangis. Baru aku sedar selama ni, Nawfal kurang dapat susu dengan susu aku yang sikit dan lambat keluar mungkin. Esoknya, Ros datang lagi bawakkan pam Sue (MEdela Harmony) yang Ejai tolong ambik dari Sue, dan dpat berita boleh keluar dah sebab kuning dah turun banyak dalam 1 malam je. Terhutang budi dengan Ros & Sue sampai sekarang. (^_^)
So semenjak itu, aku pam je susu. Rajin gila. Sehari memang dapat la pam 8 kali. Emak pun terkejut. Sebab aku tak pernah rajin dalam apa-apa. Serius, aku memang pemalas gila. BAca buku cerita & tido je aku rajin. Hehehe. So, bila aku rajin dalam pam susu, mak sangat supportive. Dude cam biase, harus supportive jugak. Paling malas nak basuh pam, nasib baik ada orang tolong buatkan.. Hehehe.. Lagipun, nipple belah kiri asyik luka je.. dah pakai segala ubat, tapi tak ok.. sakit.. Siap pernah mastitis due to bacteria infection serang luka tu masa dah 6-7 bulan kot, bukan sebab breast penuh… haiishh
Susu dapat sikit je. Nawfal umur 3 minggu, minum 4.2 oz dah, dan setiap 3 jam aku pam, dapat paling banyak 4.5 oz je. Yang lebih-lebih tu la buat stok sikit-sikit. Start Nawfal sebulan lebih ke, malam-malam aku cuba introduce bf balik. Even bf, tengah-tengah malam tu tetap aku gigih pam juga selepas bf kan. Nasib baik la cuti pantang. Tapi masa NAwfal 4 bulan lebih, Nawfal tak nak direct bf dah. Nak botol je. Sedih jugak masa tu, dan beruseha bagi direct jugak, tapi memang tak nak dah. Salah aku jugak bagi guna botol dari awal walaupun tak la rasa bersalah sangat sebab pengalaman masa Nawfal kuning tu, menampakkan pam susu lebih berjaya buat Nawfal kenyang dan turun kuning. Tapi masa tu aku redha je dalam sedih. Asalkan Nawfal cukup susu, minum susu dari badan aku sendiri dan aku tak susahkan orang nak masuk kerja sebab anak taknak botol, aku sangat happy dah.
Dah masuk kerja, dari 8 kali pam, turun jadi 5-6 kali je. So susu makin sikit. Lepas tu NAwfal dah 10 bulan, 4-5 hari berturut aku ada meeting la kursus la, so makin kurang mengepam, makin sikit la sangat susu sampai kadang-kadang macam tak nak ada je, so ambik keputusan stop je. Sedih jugak lagi, tapi sebab masa ni Nawfal dah makan solid food, again, aku redha je… 🙂
Apa yang aku belajar dari pengalaman ni:
1. Banyak orang ada lain pendapat. Ada yang kata, susu takkan sikit kalau rajin mengepam. Sama je semua orang. Bagi aku, aku elak baca blog or baca pendapat orang cam tu. Memang jeles ada orang sekali pam boleh dapat sampai 10 oz even 3 jam sekali. Jeles juga orang yang tak bf pun, yang hanya bagi bf lepas balik kerja, susunya boleh tahan sampai baby 2 tahun. Tapi, rezeki orang lain-lain. Gigih mana pun aku masa pantang tu,memang paling banyak 4.5 oz je dapat kalau selang 3 jam pam. Dan Nawfal minum 4.2 oz. So, bagi aku rezki Allah bagi cukup-cukup ikut keperluan Nawfal. Bersyukur sangat masa tu.
Mungkin ada yang akan mempersoalkan tindakan aku bagi botol awal-awal, tak cuba bagi direct dengan sungguh-sungguh etc. Tapi entah, masa jadi semua benda tu, macam Allah cuba tolong je. Dari tak fikir langsung nak bagi susu badan, terus rajin pam sampai 10 bulan. Serius, aku bersyukur.
2. Sebelum aku mengandung, ada aku dengar pendapat orang-orang yang mengatakan, ibu-ibu yang post gambar susu-susu yang berjaya dipam sampai 20 botol stok etc, adalah ibu berlagak. Aku yang tak faham & tak berpengalaman mengiyakan je la. Tapi, lepas dah bersalin, blog-blog ibu-ibu yang ‘berlagak’ mempamerkan stok susu-susu yang banyak ni la yang aku bukak hari-hari untuk bagi semangat kat diri sendiri. Dan Alhamdulillah, naik semangat baca blog ibu-ibu ni. Dan lepas mengalami sendiri, aku faham, mostly ibu-ibu ni tak berlagak. Tapi memang tujuan untuk motivate diri sendiri, motivate diri orang lain, dan sebab happy dapat simpan stok susu untuk anak. Serius, bukan semua orang senang untuk simpan stok banyak-banyak. Ada orang, kerja busy gila, tapi mampu buat stok, harusla rasa bangga. Macam aku, susu cukup-cukup je, tapi mampu buat stok, of course la happy gila. Nasib baik tak aktif blog masa tu, kalau tak memang dah ambik gambar stok & upload dalam blog dah. Hehehe.
Alaaa… kira macam orang gemuk nak kurus la. MEsti la baca ‘success stories’ orang yang gemuk post gambar dia dah jadi kurus. Baca cerita dia, mesti la orang gemuk akan jadi lebih bersemangat nak turunkan berat badan. Tapi mesti ada orang yang tak berjaya kurus, atau pun yang sedia kurus akan anggap success stories tu sebagai berlagak. Pendapat orang lain-lain kan. Kita cuba je la sedaya upaya untuk tidak membenci sesuka hati . Hehehe.
Apa pun, aku gembira dengan segala rezeki yang Allah dah bagi untuk aku, Dude & Nawfal. Semoga ada rezeki untuk baby yang akan keluar nanti. Risau juga sebab insyaAllah baby umur sebulan lebih je, aku dah mula PhD. Tak tau la sama ada dapat tak aku susukan sampai at least 6 bulan. Dah la kerja kat luar, bukan kat lab ke. So, risau jugak. Tapi harap apa-apa yang tertulis untuk baby baru nanti, adalah yang terbaik untuk dia. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua…
Amiiinnn…
Later korang! 🙂
wahhh..rajinnya ekk..
titan recently posted..Jangan komen.
Kalau ada masa balik ke masa lalu. Rasanya nak belajar betul2 ilmu susu kan anak dengan susu badan. Sedih pulak rasanya uwaaaaaaaa
Qashmere recently posted..VOTE Gambar Baked Cheesy Penne In Tomato Sauce [ AFC – Foodie Face Off 2013 ]
Sebab saya menyusukan anak 2-3 minggu je. Sedih! Huhuhu
Qashmere recently posted..VOTE Gambar Baked Cheesy Penne In Tomato Sauce [ AFC – Foodie Face Off 2013 ]
tak sabar lak dkna nak merasa apa yang nadot pernah rasa.. 🙂
bila due nie?
Hurmm…. naper citer panjang lebar takde SATU PUN gambar yang berkaitan….huhuhu
hazman aka species1980 recently posted..Video gol SELANGOR vs TAMPINES ROVERS FC ( 3-2 ) Piala AFC 2013
🙂 Aah, suka nengok gambo…
Izzuddin Fauzi recently posted..Blogger Kedekut
lama tau iols tggu hupdate kak nadot….nangess.. :tetiber:
ctsueraya recently posted..OH LEMAK
Satu jer yg ambe pasti, semua ni akan ingat smpai bila2..betul tak nadot?
hafizmd recently posted..10 Blog Melayu Terbaik Edisi ‘Tepung Kena Ragi’
setiap org mmg rezekinya berbeza-beza.. betul, mmg jeles kadang2 tgk org bagi sampai 2 tahun, de yg lebih pun ada.. tapi, nak buat macam mana, rezeki tu berbeza..
mungkin juga kita tak cari info betul2.. macam anak sulung dulu, decide nak bf pun lepas bersalin. kebetulan pulak susu ada. bagi je lah, dan tak sangka boleh juga sampai setahun lebih. tapi macam nadot jugak, nak kata byk setiap kali pam, mmg taklah, mmg sikit je..
apa pun, itu juga rezeki anak.. yg saya tahu, kena sentiasa positif.. anak no 2 mmg nak fully bf sampai 2 tahun, tapi tak dapat juga, sebab dah melecet habis dua2.. last2 terpaksa juga stop, bila setiapkali pam, tak dapat byk kerana menanggung sakit.. huhu..
kecewa, mmg kecewa.. tapi redha ajelah..
fiezaradzi recently posted..Pilihan Raya Umum PRU 13
Tahniah akak.
Rajin akak 🙂
Pokok Manggis Depan Rumah recently posted..Khasiat Kurma Kepada Ibu Mengandung
memang pelik bila yang lain malas tp satu2nya kerja yang rajin adalah pam susu.haha
boni Ultra kacak recently posted..Templet Blog Canggih Daripada Budak Nakal
Salam,
saya ada 2 anak. yg kecik ni baru 3 bulan. Anak 1st mmg berazam nak bg bf berjaya jugalah smpai 1 tahun. tapi EBM sbb dia x nak direct.huhuhu
yang second baby ni tahan smapi 3 bulan. skang ni dh start x mau dah direct feeding. Iyelah siang2 keja, anta bby kat pengasuh mstilah guna botol kan. balik mlm dia makin hari makin x nak dgn direct smapi skang dah x nak lansung..
sedih sgt2 dan masih lagi berusaha sumbat dlm mulut baby tp last saya yg mengalah bg EBM..huhuhu..
dandandiri.blogspot.com
Pengalaman ni patut di baca oleh semua bakal ibu… 🙂
lama tak update ni.. sibuk ye?
pengalaman yg tak mungkin mak2 lupakan.. betul tak?
fiezaradzi recently posted..Kaitan Penyu Dengan Labah-labah & Pesawat Dengan Kereta Kebal
Tahniah. At least belajar drp pengalaman sekeliling dan ada tanam niat nak menyusukan anak selama yang mampu. Rezeki masing-masing. 🙂
Salam perkenalan, ada masa boleh singgah http://www.vitaminsuci.com
tu la..rezeki… dah tertulis kat luh mahfuz pun perjalanan hidup kita… terima seadanya… 🙂
insyaAllah ada masa sy singgah nnt 🙂
Suka baca story telling nadot. Lawak sangat. Rasalah terhibur. Kalau tak gelak time baca coretan nadot, tak sah. Hahaha
Khadeejah Hasmad recently posted..6 Punca Bayi Anda Menolak Direct Feeding
Merasa pengalaman mcm akak. Anak baru 2 bulan lebih. Masa pantang merasa la pam susu stp 2 jam.. lepas tu stress tgk orang susu banyak..lagi la masa tu baby kuning..lagi kena kerapkan nyusu.
Apa pun berjaya melalui fasa tu.. pam susu ni kena gigih huhu..sy paling bercinta bab nak cuci pam dan aksesori+ sterile skali ngn botol.
Pastu nak kemana kena angkut pam skali.
Besar pengorbanan ibu ni..patutle..anak ni kena taat ibu lebih dari ayah 😉
aimi recently posted..Pengedar Shaklee Shah Alam dan Klang Untuk COD dan Daftar Ahli