PTD Lemas Ketika DPA Selamat Dikebumikan

Merujuk kepada entri aku tentang kepulangan Saudara Almy Hasmi ke Rahmatullah kerana lemas ketika menjalani DPA modul wataniah semalam.

Alhamdulillah, Allahyarham Aldy Hasmi Abu Hassan, telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seberang Pumpung di Alor Star pada pukul 11.30 lebih pagi tadi.

Semalam, jenazah Allahyarham tiba ke Kem Wataniah, Pekan dari hospital dalam pukul 10 lebih malam diiringi oleh waris termasuk la isteri dan 2 anak lelaki kembar kecilnya. Jenazah telah siap dikapankan dan disembahyangkan beramai-ramai di Kem. Ramai tak dapat menahan air mata even untuk pelatih lelaki lagi-lagi lepas mendengar suara anak-anak Allahyarham yang masih kecil tu. Dalam pukul 11 malam tadi, jenazah di bawa pulang ke kampungnya di Alor Star untuk dikebumikan di sana.

2 bas penuh kawan-kawan (peserta-peserta) yang turut menjalani DPA (Diploma Pengurusan Awam) bersama-sama dengan Allahyarham turut mengiringi jenazah ke Alor Star. Wakil dari pihak tentera (Allahyarham bertugas sebagai PTD dengan MINDEF), polis, JPA, INTAN dan lain-lain pun ada juga di Alor Star.

Aku pulak tak henti-henti membayangkan perasaan isterinya dan anak-anak yang kecik lagi. Aku memang sangat berharap dan berdoa semoge mereke tabah dan kuat dan diberi kesenangan untuk menjalani hidup. Amiiinnnn…

Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amiiinn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Comments

  1. boni kacak September 17, 2012
  2. izzah September 17, 2012
  3. sha September 17, 2012
  4. Eizil September 17, 2012
  5. irsah September 17, 2012
  6. Rem September 18, 2012
  7. Rem September 18, 2012
  8. halif September 18, 2012
  9. jue a September 18, 2012
  10. Nurul September 19, 2012
  11. KiD September 23, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·