Makan malam di Al-Jazeera, Manchester

Sejujurnya, bila di perantauan ni, rindu terhadap keluarga dan kawan-kawan tidak lah seteruk mana. Dengan kecanggihan teknologi masa kini, dengan adanya Whatsapp, Skype, kadar panggilan yang sangat murah dari UK ke Malaysia, boleh dikatakan tiap-tiap hari berhubung dengan keluarga & kawan-kawan di Malaysia. Siap bila call mak, mak suruh call nanti sebab mak busy. Hohoho..

Tapi yang memang aku sangat rindu adalah makanan yang melimpah ruah kat Malaysia tu. Dah lah hobi aku makan, memang terbayang-bayang lah makanan yang sedap-sedap yang tak dapat nak jumpa kat sini. Teringat waktu lunch masa kerja yang sangat banyak tempat makan best dan sedap di Shah Alam tu. Dekat Edinburgh ni, walaupun agak banyak restoran halal, kebanyakannya adalah masakan India, Bangladesh & Turki. Sedap je, sebab banyak gak jenis masakannya, tapi bosan la jugak kalau setiap kali tak larat masak je, makanan jenis tu je kena makan.

Salah satu jenis makanan yang aku rindu adalah Nasi Arab. Yang ada Kabsah, Hadith, Mandi dan lain-lain tu. Kalau kat Malaysia, favourite aku adalah di Restoran Saba di Cyberjaya. Kalau kat Shah Alam yang boleh tahan macam di D’Arab Cafe. Dekat Edinburgh, ada aku tengok online 1-2 restoran yang jual nasi ala-ala macam tu, tapi kategori mahal punya. Takde lah aku berapa nak mampu. Dengan harga macam tu, baik kitorang makan di Restoran Nanyang milik rakyat Malaysia yang halal (kecuali masakan itik tak halal) di Edinburgh ni.

Jadi, bila berkesempatan ke Manchester melawat Kak Ju (colleague di FSG), aku pun mengambil kesempatan untuk makan di salah sebuah restoran halal yang agak Glamour di  Manchester iaitu Al-Jazeera / Jazera di area Rusholme. Restoran ni merupakan antara restoran yang menyediakan hidangan timur tengah, dan terletak di 22, Wilmslow Road, Rusholme. Di jalan Wilmslow Road ni, memang penuh dengan restoran-restoran makanan halal sehingga kawasan tersebut dikenali sebagai “Curry Mile”.

menu al-jazeera manchester

Aku order Qabily Pillow, nasi dengan kambing yang berharga £6.20.

Qabily Pillow

Dude pulak order Half Chicken Al-Faham. Yang ni pula berharga £5.50.

Half Chicken Al-Faham

Untuk hidangan ayam ada yang Al-Faham ni atau roasted biasa. Bezanya si waitress tu kata, Al-Faham ni pedas sikit.

Biasalah, kalau kedai-kedai Arab ni mesti ada bagi salad dengan sos2 dia.

Kalau ikutkan Dude yang tengah lapar dan merindui Nasi Arab, dia komen, sedap je. Bagi aku pun, okay je. Portion yang besar. Memang kenyang la. Tapi kalau nak banding dengan Restoran Saba’ di Cyberjaya tu, memang Saba’ tetap di hati la. Tapi bersyukur la dapat makan ni, at least terlepas juga rindu nak makan Nasi Arab selepas muak asyik makan Calzone, Nasi Beriani dan Nasi Pilau dengan lauk-lauk india/Pakistan je di Edinburgh (sedap je sebenarnya & banyak pilihan, tapi kalau jenis itu je yang boleh di makan, bosan juga..hihi).

InsyaAllah, kalau ada rezeki turun Manchester lagi, nak cuba kedai Nasi Arab yang lain pulak. Memang makan je aku fikir kalau pergi jalan-jalan. Hehehehe.

Later! (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 Comments

  1. hazman aka species1980 July 4, 2014
  2. wynn78 July 4, 2014
  3. titan July 4, 2014
  4. NotaKembara July 4, 2014
  5. Qashmere July 4, 2014
  6. Mazni Azmi July 5, 2014
  7. jue a July 5, 2014
  8. Shaklee July 10, 2014
  9. Bahrain July 18, 2014
  10. Spa Ampang July 20, 2014
    • nadot July 21, 2014
  11. Hafiz Rahim July 24, 2014
  12. syaifuddin alias July 26, 2014
  13. luthfi September 27, 2014

Leave a Reply to wynn78 Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·