Suami Dah Berubah!

Tak pernah terjangkau dek fikiran yang suami aku akan berubah sebegini rupa. Dude berubah?! Serius memang tak sangka!

Masa sebulan-dua pertama kitorang mula hidup di Edinburgh ni, balik dari ofis je, aku kena masuk dapur. Nasib baik masa tu belum masuk farm lagi, so tak la penat sangat. Tapi, bila aku dah mula kena masuk farm, aku dah agak penat & malas nak masak. By this time, Dude dah pandai masak lauk sikit-sikit apa yang aku ajar. So, biasanya makan 3-4 jenis masakan yang Dude tahu je la. Kalau nak lain sikit, kena aku yang masak sekali sekala.

Start musim ‘lambing’ – musim sheep aku bersalin, di mana aku kena masuk farm 3 minggu straight termasuk weekend, memang lagi lah aku tak berapa nak masak. Harapkan Dude je. Entah bila, tanpa aku sedar, dalam masa aku dok kerja tiap-tiap hari tu, Dude jadi rajin tengok resepi kat internet. Dia dah mula main masak-masak je kerja. Yang dia sangat suka try, adalah dessert dan masakan western.

Memang sangat terkejut tengok hasil masakan dia. Sedap jugak! Masa awal-awal berkecimpung dalam bidang masak-memasak ni, ada la jugak beberapa benda tak jadi. Tapi lama-lama, sedap gila jadinye. (Bodek..jangan tak bodek… ;p)

Aku dah la memang tak kan nak buat dessert langsung, tangan tak berseni, kalau buat je tak jadi. Tapi Dude laju ke kat dapur, cepat je siap. Bila dia buat dessert yang kena ‘pukul’, walaupun tanpa mixer, laju je tangan dia. Dari double cream ‘pukul’ sampai jadi whipped cream tu biasa dah. Kalau aku jangan la harap. Pakai mixer pun tak jadi juga.

Banyak gila dah makanan yang Dude dah cuba masak. Antaranya:

Lasagna paling sedap pernah aku makan!

——

Puding roti, makan dengan eskrem dairy-vanilla. Yummy!

——

 

Ayam percik! Gile ah. Masa dia buat ni, rasa cam nak ngorat je. hik hik hik

——

Gula Hangus Bakar. Bebest! Tapi buat masa ni, Shidah punya masih yang paling sedap. ;p

——

Baked macaroni dengan tomato cream. Sedap woooo!

——

Sea Bass masak Portuguese! Cam kat foodcourt2 biasa tu. Marbeles ah!

——

Doughnut pun Dude mampu buat!

——

New York marble cheese cake. Baru buat kelmarin. Sangat sedaaap!

——

Hari ni, aku balik-balik kerja, Dude baru sudah masak roti (bun gula) makan dengan whipped cream. Gila tak gemuk aku camni, baru ingat nak jaga makan. Takpa, aku akan kurus jugak one day! Doakan please! Hohoho…

Apapun, memang sangat best la Dude dah suka masak. Siap cakap kat aku beberapa hari lepas “Balik Malaysia, tak payah makan luar la, masak je”
Aku jawab, kalau dia je yang masak aku tak kisah. Kalau dia maksudkan aku je yang masak, memang carik gaduh di situ. Hehehehe. Ampuunnn awak, saya kan bila masak je stress teruk. Hoho.

Terima kasih awak tolong masak, tolong jaga anak, tolong jaga saya dan tolong banyak sangat lagi. Memang dahsyat la pengorbanan awak, Allah je mampu balas, dan saya doa Allah balas yang best-best untuk awak  dunia akhirat. Wep u banyak banyak! ;p

Nanti awak tolong carikan resepi buah durian D101 untuk saya okay. Kempunan dah ni… Hohoho.

Later!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

44 Comments

  1. Anuar May 9, 2014
    • nadot May 9, 2014
  2. hafizmd May 9, 2014
    • nadot May 9, 2014
  3. titan May 9, 2014
  4. halif May 9, 2014
  5. fyna May 9, 2014
  6. Malaysia Tercinta May 9, 2014
  7. Nasuha May 9, 2014
    • nadot May 9, 2014
  8. Bobiestory May 9, 2014
  9. Khadeejah Hasmad May 9, 2014
  10. Bahrain May 9, 2014
  11. Denaihati May 9, 2014
  12. KiD May 9, 2014
  13. Abdur May 9, 2014
  14. MamaBard May 9, 2014
  15. Airis May 9, 2014
  16. Hero Borneo May 10, 2014
  17. eyriqazz May 10, 2014
  18. akubiomed May 12, 2014
  19. Azman Ismail May 12, 2014
  20. Shaklee May 20, 2014
  21. Hazmin Hamudin May 30, 2014
  22. Mas June 1, 2014
  23. Mira Z July 7, 2014
  24. Mazni Azmi July 17, 2014
  25. Spa Ampang July 20, 2014
  26. luthfi September 27, 2014

Leave a Reply to fyna Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·