Dapat Makan KFC!

Last aku makan KFC kat Malaysia adalah masa di KLIA beberapa jam sebelum aku berangkat ke Edinburgh. Masa ni aku order nasi ayam KFC dan makan dengan bersungguh-sungguh dan penuh penghayatan sebab tak tau la bila lagi aku boleh makan KFC. Even kawan-kawan pun takut nak kacau aku makan. Sophia (anak Mau) & Yasmina (anak Amal) je yang share ayam dengan aku. Hehehe.

Capture

Tapi hampir sebulan lepas aku sampai sini, alangkah gembiranya bila mendengar berita KFC di Meadowbank Retail Park, Edinburgh adalah halal! So lepas balik dari Car Boot Sale Omni beberapa minggu lepas, teruk kitorang menuju ke drive-thru KFC tersebut.

kfc 2

It’s Halal peeps!

——

kfc 1——

Sebab lapar gila lepas berjalan kat Car Boot sebelumnya, kitorang pun ambik set Wicked Variety Bucket yang ada 6 ketul OR chicken, 4 ketul mini breast fillet, 8 ketul hot wings & 4 fries. Memang banyak ar. Kitorang buat makan lunch and dinnet malam tu.

kfc 3

Aku dengan caramel/toffee memang agak sukar untuk dipisahkan, so aku pun tambah la sundae toffee satu. Tu dah habis makan dalam kereta awal-awal. Sedap wooo…

Ayam dia pun ok je bagi aku. Sedap gak. Tapi paling suka chicken wings dia, almost macam yang spicy kat Malaysia tapi x sebijik la. Tapi sebab ada rasa pedas tu, best best. Pastu dia bagi dips yang tertulis ‘2hot4u’, tapi serius tak hot langsung, so kitorang guna sos cili Maggi yang ada jual kat Maqbool & kedai2 halal lain.

Dan untuk bagi aku agak banyak ni, total harga termasuk vat adalah  £14 lebih, which bagi aku agak murah la. Sila la jangan convert ke RM ok. kalau semua benda fikir convert, memang aku tak makan apa-apa la kat sini. Hohoho.

So, Alhamdulillah puas hati la dah ada fast food halal kat Edinburgh. Kat Glasgow & Manchester lagi banyak jenis fast food chain yang halal, tapi ada satu ni yang sama macam Malaysia pun rasa best dah. Restoran lain kat Edinburgh banyak jugak yang halal walaupun mostly makanan dari Turki, timur tengah & India. Restoran makanan Malaysia pun ada satu yang halal. InsyaAllah next week kitorang makan situ. nanti aku cerita ok. Hehe.

Kiranya, tak payah la imagine aku mampu kurus bila dok sini. Tapi doalah jugak aku dapat kurus sket ye.. hohoho. Tapi susah woo.. Malas masak je, order delivery. Duit habis untuk makan je. Haiishhh.. Semoga la aku mampu berubah. Hehehe.

Later!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 Comments

  1. anuar January 24, 2014
    • nadot January 24, 2014
  2. Sheila Salim January 25, 2014
    • nadot January 25, 2014
  3. hazman aka species1980 January 25, 2014
    • nadot January 25, 2014
  4. Abang Retis Ensem January 25, 2014
    • nadot January 25, 2014
  5. eXplorasa January 25, 2014
  6. Zura Rahman January 25, 2014
  7. Bahrain January 25, 2014
  8. Denaihati January 25, 2014
  9. titan January 25, 2014
  10. wynn78 January 27, 2014
  11. Zulhilmi Zainudin January 30, 2014
  12. akubiomed January 31, 2014
  13. ohcikgu February 2, 2014
  14. Juan February 2, 2014
  15. fyna February 3, 2014
  16. Jamian Sarif February 6, 2014
  17. nabila biela February 6, 2014
  18. Elly-daily February 7, 2014
  19. Hazmin Hamudin February 21, 2014
  20. Hafizul March 3, 2014
  21. luthfi September 27, 2014
  22. Noriza Rahman November 10, 2014

Leave a Reply to nadot Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·