Selamat Tinggal Malaysia!

Poyo tak lepas hampir sebulan meinggalkan Malaysia, baru mampu tulis satu entri Selamat Tinggal? Hehehe. Serius hidup terasa masih tak berapa nak stabil lagi. Tapi dah boleh tulis satu entry ni, things are getting better la kot.

1 Disember 2013, pukul 11.55 malam, aku, Dude, Nawfal, Nazheef, emak & ayah naik MAS dariKLIA ke Heathrow 13 jam lebih. Transit situ 3 jam lebih, then bertolak naik British Airways ke Edinburgh lagi 1 jam lebih. Aku suruh emak datang later lepas Afiq punya RMC passing out parade, tapi emak risau kitorang pergi dengan baby kecik n barang banyak semua, mak teringat masa dia bawak aku n along bila ikut ayah belajar kat Jepun dulu-dulu. So walaupun dapat 10 hari je, mak ikut juga tolong2.

Seb baik mak tak dengar cakap aku yang suruh pergi later, memang kelam kabut la dengan barang banyak & anak dua yang kecik ni. Tq emak & ayah… hehehe

So dekat KLIA malam nak pergi tu, ramai juga yang menghantar espcially sedare mara. Nasib baik kampung tak berapa nak jauh dari KLIA. Terima kasih untuk mak ayah mertua & adik-adik ipar, saudara mara beranang, dan kawan sehengus yang sudi hantar kami ke KLIA.

KLIA——

Blog 2

Nawfal yang seronok dipeluk oleh 2 awek πŸ˜‰

——

Dalam flight, aku duduk kat bahagian depan yang boleh letak bassinet. Mak & ayah duduk belakang satu row je. Alhamdulillah, Nazheef agak senang di jaga. Awal-awal nangis juga, tapi tak lama dan lepas tu ok je. Lepas susu tido je. Bangun kalau nak susu & pampers dah penuh. Dapat la aku & Dude curi-curi tidur.

Blog 3

Sampai Edinburgh, naik teksi terus menuju ke rumah yang aku dah book dari Malaysia. Aku buat lease 6 bulan dulu. Kalau suka teruskan, kalau tak, after 6 months ni aku cari rumah lain. For the time being okay je. Niat memang nak ambik gambar. Tapi dari 1st day sampai la ke sekarang ni rumah tak pernah nak kemas sangat. Segan nak ambik. Nanti la bila rasa macam kemas sikit rumah ni aku tunjuk ye. Hehehe.

Rumah nifully furnished. 2 bilik yang ada katil double. Dapur lengkap semua fridge, washing machine, microwave, kettle dll. Living room lengkap sofa & meja makan. Tak besar mana pun. Comel-comel je which is okay je macam kebanyakan rumah kat sini. Tapi mengharap dapat dapur besar sikit, best sket…

Selama 2 weeks mak ayah kat sini, banyak masanya kitorang keluar untuk beli barang2 keperluan je la. SEpanjang tu emak la yang masakkan. best je. Ada gak la keluar jalan gi Calton Hill, tempat feveret aku suatu masa dulu. chewah! Nak berjalan banyak pun susah, sejuk woo.. dengan baby lagi.. So, ada hari yang mak ayah jalan sendiri sampai pergi ke St Andrews lagi… Ayah la, golfer kan… tempat wajib kot.. Nasib baik sempat. Aku pulak dah mula masuk ofis, tak dapat la teman.

Blog 1——

Tapi sedih, 12 hb emak ayah dah balik ke Malaysia. Sedih je hantar pergi airport. Dah biasa ada orang masakkan, sedih la nanti kena masak sendiri. Time tu dah terbayangkan aku jadi kurus tak makan. Ngeri woo…

Blog 2——

Lepas emak ayah balik, bermula lah kehidupan kitorang sekeluarga yang kelam kabut. Alhamdulillah la Dude sangat terer handle anak dan buat kerja-kerja rumah. Untuk breakfast, Dude la yang buatkan air untuk aku minum, Milo + ESP Shaklee. Dia jugak sediakan sarapan simple2 kalau ada bahan macam cekodok ke, cucur adabi ke etc. Bekal pun Dude sediakan masuk dalam tupperware semua benda2 yang aku masak malam sebelumnya.

Aku bangun-bangun pagi, kalau tak mandi dulu, pam susu dulu. Sebab tu Dude kena banyak tolong pagi2, takut tak sempat. Nasib baik selalunya Nazheef masih tidur masa ni. Aku pergi school naik bus, ambik bus pukul 7.53 pagi atau 8.05 pagi. Balik dari school ambik bas pukul 5.09 ptg dan sampai rumah setengah jam kemudian lebih kurang. Dah la sekarang ni 3.4- dah maghrib, so time balik tu dah gelap & sampai rumah dah isya’ dah. Sedey je gelap je keluar rumah & balik rumah….

Sampai rumah lepas rehat jap, aku mula masak. Tak sabar tunggu Nazheef besar sikit & Dude pandai masak. hehehe. So, sangkaan aku yang aku akan kurus lepas mak balik memang takkan terjadi la. Kalau malas masak, maggi ada. Kalau tak cekelat yang memang sedap2 kat sini, ada je stok. Teruk sangat, tapau ar burger or nasi kat Mosque Chicken. Tapi aku & Dude suka take away or delivery Marmaris. Calzone dia, marvelous. Ada jual pasta, burger, fish n chip dll jugak. Memang sah tak kurus kat sini. Haiishhh…

Nawfal agak susah jugak nak dilayan especially awal-awal dulu. Dia bosan kot, dulu dok Malaysia ada je orang melayan, kat sini muka mummy & daddy dia je la. Kesian tengok dia. Tapi makin better nampaknya walaupun perangai buruk dah banyak ikut aku. Tensen!.. hihi. Tapi dia memang sayang sangat kat Nazheef nampaknye.

Yang paling best dan Alhamdulillah sangat, si Nazheef tu. Tak susah untuk dijaga. Memang la ada masa merengek banyak tanpa sebab, ada masa hidung tersumbat, ye la, budak kecik ada la masa dia…tapi overall, dia sangat baik. Tidur dari tengah malam sampai 6 pagi. Memang sangat jarang Dude kena bangun pukul 2-3 pagi ke (aku memang takkan bangun la.. ;p). Kalau keuar, dalam stroller ke carseat ke tidur je. Karenah memang sangat tak banyak. Memang bersyukur sangat.

Nawfal & Nazheef——-

Sebelum aku merepek panjang sangat, aku stop dulu la ye. Rasa macam dah hilang bakat dan sentuhan dalam menulis blog. Ye, poyo bunyinye, aku tau. Hohohoho..

Apa pun aku nak ucapkan jugak terima kasih banyak-banyak kat semua, family, kawan-kawan & korang-korang lah yang doakan aku kat sini. Kawan-kawan yang datang rumah jumpa sebelum pergi, bagi hadiah bagai. Tq sangaaat. Harap dapat doakan aku yang pemalas dari azali ni jadi perajin okay. Hehe..

Later! πŸ™‚

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 Comments

  1. akubiomed December 28, 2013
  2. jue a December 28, 2013
    • nadot December 30, 2013
  3. Mohd Shubhi December 28, 2013
  4. Abang Ensem Berketak December 29, 2013
  5. titan December 29, 2013
  6. dkna abza December 29, 2013
  7. Denaihati December 30, 2013
  8. hazman aka species1980 December 30, 2013
  9. Shaklee May 20, 2014
  10. luthfi September 27, 2014

Leave a Reply to nadot Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin Β· Log out Β· Entries RSS Β· Comments RSS Β·