Mee Racun Batu Pahat yang Awesome!

Okay, aku bersalah. Dalam post beberapa minggu lepas, aku cakap petang tu jugak aku akan cuba untuk up post tentang mee racun. Tapi sekarang baru aku dapat up kan. Nasib baik aku tak ‘berjanji’, kurang la rasa bersalah sikit. Hehehe

Serius hormon aku tah pape sekarang. Nak bukak komputer pun malas, kena Dude yang bukak kan. Dude asyik membebel suruh update blog. Bestkan dapat Dude? hohoho

MAcam pernah di mention sebelum ni, Batu Pahat memang terkenal dengan banyak jenis makanan yang agak unik – yang menjadi salah satu sebab aku kahwin dengan Dude.. hahahaha. So, salah satunya, ialah Mee Racun. Asal datang nama Mee Racun ni memang aku tatau la. Tak pernah nak bertanya pulak.

Awal-awal dulu, kalau makan mee racun, Dude akan bawak aku pegi makan dekat area Parit Simin, agak dekat dengan rumah Dude. Gerai kecik gila, makcik-makcik je yang masak. Tapi first time rasa, dah agak suka. Sekali nampak macam mi bandung. Tapi memang bukan la. Tak silap ada letak tomato dalam resepi dia.

So last kitorang balik kampung few weeks ago, aku teringin makan mee racun yang sangat glemer diperkatakan dekat Batu Pahat, iaitu di area Bukit Pasir, on the way ke Carrefour, seberang jalan dari Maybank. hehehe

Gerai nya kecik je, dibukak sebelah kedai corner. Dalam muat meja tak berapa banyak, tapi kat luar tepi jalan banyak gak meja.

So, kalau korang try sini, wajiblah korang order:

MEE RACUN GEARBOX / TULANG

Serius sedap gila weehhh…

Diorang guna gearbox kambing tuu.. bukan lembu mahupun ayam… memang marvellous lah. Dah la bagi dua.. Siap bagi straw untuk sedut. Harga aku lupa la plak. Tapi tak silap RM10.50 ke RM9.50 ke.. ala.. kira murah la jugak bagi aku dengan kesedapan dan kemewahan bahan-bahan yang ada dalam mee racun ni..

Serius, datang batu pahat, wajib korang carik. Tak silap, kat JB pun ada juga. Maka, sila try okay 😉

Untuk Nawfal malam tu kitorang orderkan sup ayam untuk makan dengan nasik.

Serius bagi aku sangat sedap gak, sebab sup yang digunakan adalah sup yang diorang rebus tulang kambing tu. So, walaupun sup ayam, tapi rasa kambing tu tetap ada. Sebab masak lama juga, serius tak hanyir, dan serius aku suka.. Hehehehe

So, slamat mencuba uolls! 😉

Dah Habis!

Later korang! 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 Comments

  1. zul March 17, 2013
  2. papa mifz March 17, 2013
  3. afif March 17, 2013
  4. Dawaihati March 17, 2013
  5. hafizrahim March 17, 2013
    • nadot March 18, 2013
  6. Juan March 17, 2013
  7. titan March 17, 2013
    • nadot March 18, 2013
  8. azman March 18, 2013
  9. cikgu mira March 19, 2013
  10. JomJalan March 20, 2013
  11. Hazmin Hamudin March 20, 2013
  12. WRizuan March 21, 2013
  13. hafizmd March 23, 2013
    • nadot March 27, 2013
  14. hazman aka species1980 March 29, 2013
  15. khairil April 8, 2013
  16. BeritaKaki April 24, 2013
  17. anip May 5, 2013
  18. hubtips June 1, 2013

Leave a Reply to hazman aka species1980 Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·