Mega Hartanah Bumiputera & Pizza Hut

Ye, tau, peristiwa ni dah lama berlalu. Tapi dah busy, tak dapat nak update. Hari ni baru la ada kesempatan untuk update entry panjang sikit. Hehehe.

Bulan lepas, aku berkesempatan untuk menghadiri Seminar Mega Hartanah Bumiputera yang diadakan di Hotel De Palma, Shah Alam. Aku join dengan Dude, Yah, Mau & Abang Peach. Patut dengan Pow sekali, tapi ade kerje last minute.  Seminar yang menggabung 5 otai-otai dalam bidang hartanah ni memang best laa wa cakap lu… ;p

‘Selautan’ peserta seminar ;p

Agak ramai gak menghadiri seminar ni. Lebeih 200 orang bak kata Abang Ensem. Dan kata Abang Ensem lagi, penyertaan boleh seramai tu lepas AE keluar TV di Awani sebelum seminar ni berlangsung… Nyampaahh okkk.. (^_^)

Cam biasa, kalau aku pergi seminar macam ni, dengan kawan-kawan, maka gambar speaker semua takkan ada la. Gambar kitorang je yang akan banyak. Hahahaha. Yah yang suruh letak gambar dia banyak2. Nak buat camne, ikutkan je la.. hohoho

Dah la aku malas nak berdiri, duduk belakang-belakang, memang tak clear la nak ambik gambar speaker. So ampunkan gambar-gambar kami di bawah ye. ;p

Kami yang berwarna-warni! 😉

Speaker pertama yang bagi talk adalah Abang Ensem. Menyesal aku tak pegi breakfast time ni. PEnat kene dengar kegatalan dia ok. Hehehe. 2nd speaker, Tuan Bri. Aku tak pernah dengar dia bagi talk, ok la jugak. Suara dia sesuai untuk bagi talk. Terang dan Jelas.

Lepas talk Tuan Bri, kitorang rehat kejap sejam sepatutnye. Tapi kami rehat lama sikit. Pegi makan Pizza Hut! hehehe

Gambar di atas ni masa tengah sambil pikir, nak makan pizza hut or restoran melayu sebelah PH ni. Gile lame berlegar depan ni. Ibu-ibu mengandung dua orang si Yah & Mau susah gile nak buat keputusan. NAsi teringin, Pizza teringin. Nasib baik last-last diorang buat keputusan yang tepat – Pizza! ;p

Kami berempat mase ni (dengan Abg Pica; Dude takde lagi, ade kerje kejap), so kitorang order set untuk 4 orang yang ni:

Cheesy 7 Pops – Beef & Pepperoni

Memang marvellous la! Aku kan ala-ala hantu cheese juge. So dengan rasa 7 jenis cheese yang ada, gile ah sedap. Teringin yang tempura, tapi Yah tanak. Nyampah! Hohoho.

Sebelum makan, kitorang ok lagi. Masih maintain ayu dan cantik masing-masing. Hohoho.

Lepas makan, tak sanggup ambik gambar. Bughuukk & Comott ;p

Lepas makan, kitorang kembali ke seminar. Masa ni, Tuan Azri Nasruddin tengah bagi talk. Serius, agak best jugak la. Walaupun dengarnya ada tak berapa suka sebab dia cakap cara menjerit-jerit dan agak laju, tapi aku & kawan2 agak suke jugak. LAwak pun ade jugak. Yang pasti kitorang memang tak sanggup nak keluar pegi toilet & Zuhur mase dia tengah cakap. Rase sayang je nak tinggalkan. Hehehe.

Next speaker, Tuan Fauzi dari Satu Solution, cakap pasal tax. Topik yang penting. Tapi mungkin masih baru dalam bidang talk-mengetalk ni, so masih banyak boleh diperbaiki. Hehehe. MAse ni, kitorang keluar kejap pergi Zuhur. Huhuhu.

Sempat jugak mase ni bercamwhoring dengan Dude ;p

Last speaker of the day, Dr Shah Razali. Ni tak payah cakap la. Memang rasa dah aura & karisma & pengalaman & ke’otai’an dalam bidang ni. Memang best ah dia bagi talk. Tapi rase sekejap je. Kalau boleh lagi lame kan best. Ape dia cakap pun sangat make sense. Kadang-kadang rase macam takut nak bernafas pun ade mase talk yang ni. Nape tah.. hohoho

Kesimpulan, memang seminar yang worth going. Fees pun tak mahal mane. Tapi speaker hebat2 belaka. Seronok la. Dapat jumpa dengan Aslam dan Eyriqazz jugak yang dah agak lame tak jumpa. (^_^)

Aslam & Abang Ensem

Abang Ensem tunjuk 1 pack nya yang bulat dan baju jenama Polo yang bukan jersi. Hehehe.

Dah habis seminar, ASar jap, & sebelum pegi minum, sempat lagi bergambar-gambar:

Again, walaupun baju tak berjenama, tetap nak jadi macam Proud Duck memperkenalkan ape aku pakai. Hahaha

Short Vivi Blazer: Jessabella Plus Size Stealz

Short Dress: Bough somewhere in Jalan Kenanga

Scarf: Gerai dalam Tesco Kepong Village RM8 ;p

Bag: Charles & Keith

Sandal: Clarks – ni je la brand yang ada size kaki aku yang gabak & sedap dipakai. hikhik ;p

Later! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 Comments

  1. ohcikgu December 11, 2012
  2. KiD December 11, 2012
  3. akubiomed December 12, 2012
  4. cikgu naman December 12, 2012
  5. donnyien December 12, 2012
  6. Eizil December 12, 2012
  7. Nurul December 12, 2012
  8. Myra Jay December 12, 2012
  9. matjoe December 12, 2012
  10. eyriqazz December 12, 2012
  11. hazman aka species1980 December 12, 2012

Leave a Reply to Myra Jay Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·