Melalak Sampai Pagi

Selepas berparti ala-ala liar tak liar di Servis Apartment Berjaya Times Square dari 2-3 ptg sehingga lepas Maghrib, dalam 8.30 malam, kitorang gerak pulak ke Redbox di Lowyat yang telah Amal book untuk sesi pukul 9 pm.

Kalau ikutkan kitorang book untuk 3 jam je, tapi org Redbox kate, entah mcm mane crite tah sebab bukan aku yg uruskan, booking kitorang tu sampai pukul 4 pagi boleh stay. Gile ah. Kitorang bertujuh & kene bayar RM55 sorang termasuk buffet dinner & supper. Agak ok ar.. Tapi sebab dah tak tahan nak pegang mic, tak sempat aku nak amek gambar makanan. hehehe

Dah lame gile aku tak karox kot. Aku tak brape suke nak karox sangat pun..sebab aku alergik. Alergik dengan mic, skali pegang, tak boleh nak lepas dah. Hahahaha. Daripada ade 3 mic dalam bilik, terpaksa mintak lagi satu. hoho

Maafkan ketidaksopanan ku menyanyi ;p

Aku dan Sofya. Bak kate mereka, kitorang berdua memang ala-ala gile kuase tanak lepas mic. Aku lepas la okaayyy… hohoho

Tengah-tengah emosi menyanyi lagu Gotye – ‘Somebody that I used to Know’, tetibe terberhenti lak video clip karox nye. Ingat rosak ke ape, rupe-rupenye tetibe keluar video cartoon nyanyi lagu Happy Birthday dan 2 orang staff masuk bawakkan cake & pinggan etc… Terlupe lak, the exact same way diorang saprais kan aku tahun 2007 sambut birthday & farewell party before ku fly utk master dulu. hehehe..

——

Birthday Girls – Leo rulesss!! ;p

Disebabkan Dude baru balik pagi Sabtu tu dan akan balik ke INTAN esoknye, aku takde la join diorang tido kat hotel. So dah plan la nak balik pukul 11 malam and suruh Dude ambik. Dengan baiknye, memang Dude sampai pukul 11 malam.

Lepas Dude sampai, Zeila plak balik. Seb baik Dude ade, boleh la tolong tangkapkan gambar. Hehe.

Bile Zeila dah balik spatutnye, aku balik la jugak kan. Tapi bile Dude tanye, aku plak asyik cakap.. ‘jap, jap..lagi satu lagu je’. Kalau dah 34 kali cakap mcm tu, tertidola Dude kat kerusi sambil kami menyanyi-nyanyi.

Selain recent English & Malay songs, kitorang siap nyanyi lagu Mas Idayu (notice the way we held the mic) mengimbau kembali zaman Form 5. (^_^)

Sempat jugak ambik video kami menari Gangnam Style. Serius, takde sape sanggup nak tengok video tu. Hohohoho..

——

Lepas bertangguh-tangguh nak balik dari pukul 11 pm, akhirnye, pukul 1.30 jugak aku balik.. hahaha… Sian Dude penat, boleh tido dengan lene walaupun kami melalak dalam bilik tu. Lepas aku balik, kate diorang, Sofya pun tido dalam bilik karox tu. ye la, mentor dia pun dah balik, hilangla semangat dia nak berkatif-aktifan. hoho

Celebrated girls’ last snapsss 🙂

——

Anyhow, party kali ni adelah sangat best. Actually kitorang ni jumpe bile2 pun best aje. Minum biase-biase pun tak boleh skejap. Kene lepak lame2 juge. Lepas tu Whatsapp hari-hari tanpe henti sampai aku memang terpakse silent kan phone sepanjang mase takut kacau opismate & Nawfal kalo di rumah. Hahahaha.
(Macam tu la kot kalo dah kawan lebey dari 15 tahun. ;p)

Sayang kamooo orang wehh.. (^_^)

Later! (^_^)

p/s: Sayang kamu lebih Dude! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

34 Comments

  1. abangensem September 11, 2012
  2. muazfaris September 11, 2012
  3. Nurul September 11, 2012
  4. Anuar September 11, 2012
  5. eyriqazz September 11, 2012
    • nadot September 13, 2012
  6. Denaihati September 11, 2012
  7. jue a September 11, 2012
  8. donnyien September 11, 2012
  9. onlajer September 11, 2012
  10. lewisdotmy September 11, 2012
  11. hazman aka species1980 September 11, 2012
    • nadot September 13, 2012
  12. Eizil September 11, 2012
  13. tips September 12, 2012
  14. Rem September 12, 2012
  15. Rem September 12, 2012
  16. Hazmin Hamudin September 12, 2012
    • nadot September 13, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·