Suami Gatal di Jalan TAR

Terbace entry vengong Boni Kacak bertajuk Tragedi di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) tadi, mengingatkan kisah aku sendiri dengan Dude di Jalan TAR berpuluh-puluh tahun dulu (hohoho).

Same seperti Boni, kisah aku ni pun berlaku di Bazaar Ramadhan sekitarLorong Tuanku Abdul Rahman, Jalan Bonus etc..

Cam biase la, dah ramai-ramai orang shopping kat sana sampai tak nampak jalan depan, haruslah Dude dengan romantiknya memimpin tangan aku sepanjang perjalanan. Nanti aku hilang dia jugak yang susah. So beromantika di Tampoi Jalan TAR la kami.

Tengah jalan-jalan tu, aku nampak la gerai yang menarik perhatian (siyes lupe gerai ape), so aku melepaskan la pegangan aku dari tangan Dude dan belek-belek barang di gerai tersebut.

Baru 20 saat aku membelek, aku terdengar perempuan menjerit “EEhhh..!!” depan sikit tak jauh dari gerai yang aku stop ni.

Ingat ade orang jatuh ke apa, bila aku pandang, Dude tengah minta maaf kat sorang minah ni. Kisahnye, Dude yang tengah berjalan sambil tak pedulik apa tu, tak berape sedar yang aku berhenti di salah satu gerai, so dengan slambenye, main capai je tangan yang ada kat sebelah dia sambil jalan menonong tanpa tengok tangan sape yang dicapai.

Menjerit terkejut la minah tu. Dah la minah tu pun dipimpin oleh sorang mamat (suami/bf) kat sebelah lagi satu. Ala-ala tough gak ar mamat yg pimpin tangan minah tuu.. Nasib baik bulan puasa, so mungkin mamat tu berusehe untuk bersabar dari membelasah Dude.

Ramai gak yang terpandang adegan kegatalan Dude tu. Aku yang pandang dari belakang, terpaksa gelak je la walaupun sampai sekarang aku masih tak pasti Dude sengaje atau tak pegang tangan pompuan tu. Dia kate tak sengaje la..tapi lelaki kan, bukan boleh caye…hohoho

Later! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

30 Comments

  1. eyriqazz August 12, 2012
  2. akuzle ayu August 12, 2012
  3. Eizil August 12, 2012
  4. sweetkurma August 12, 2012
  5. titan August 12, 2012
  6. zool August 12, 2012
  7. abangensem August 12, 2012
  8. budak felda August 12, 2012
  9. Denaihati August 12, 2012
  10. aslam August 12, 2012
  11. boni kacak August 13, 2012
  12. shaharil August 13, 2012
  13. Myra Jay August 13, 2012
    • nadot August 13, 2012
  14. ReM August 13, 2012
  15. hazman aka species1980 August 13, 2012
  16. Nurul August 14, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·