Jalan-jalan di Stadium Old Trafford Manchester

Selepas hampir 5 bulan, baru aku diberikan kerajinan untuk membuat entry pertama semasa aku & keluarga berjalan-jalan melawat rakan-rakan sefakulti yang ada di sekitar UK ni. Dari Edinburgh, destinasi pertama kami adalah ke Manchester. Di sini, kitorang tumpang tidur di rumah Kak Ju.

Aku dah pernah tulis entry berkenaan Restoran Al-Jazeera di Manchester ni. Sebab tu tentang makanan, laju je lah aku tulis. Hahaha. Aku sebenarnya nak simpan entry-entry berkenaan travel dan makan untuk diletakkan pada domain baru. Banyak juga dah pergi jalan-jalan dekat-dekat sini. Tapi bukan main malas nak set up. Dari tak berupdate, aku cerita dalam blog ni je lah ya. 🙂

Jadi, dekat Manchester ni, tempat yang wajib dilawati mestilah Stadium Old Trafford. Dan disebabkan Dude peminat Manchester United dan aku girlfriend peminat David Beckham sejak beliau di Manchester, instead of just ambil gambar depan stadium, kitorang decided untuk join Museum & Stadium Tour.

Harga tiket untuk dewasa adalah £18 seorang dan untuk ‘junior’/orang tua/student adalah £12. Masa ni aku terlupa nak gunakan student kad aku, makan aku telah membazirkan £6. Bukan rezki tu namanya. Hehe.

Tour ni ada waktu-waktu tertentu. Mungkin dalam 20-30 minit sekali rasanya, dan setiap tour ni mengambil masa hampir 1 jam setengah. Sebelum tour stadium bermula, kitorang berlegar dalam muzium dulu. Dalam ni, dapat tengok segala bagai piala yang Manchester United pernah dapat, tengok jersi-jersi & but-but yang pernah dipakai pemain MU, membaca tentang sejarah penubuhan team MU ni dan segala apa yang terjadi dari penubuhan sampailah ke tahun ini.

——

——

Oleh kerana aku minat MU sebab Beckham semata sejak aku Form 2 (haha), aku tak berapa tahulah sejarah penting berkenaan MU ni. Jadi agak terkejut dan menyedihkan bila baca tentang peristiwa paling bersejarah dan menyedihkan bagi team MU ni iaitu “The Munich Air Disaster” yang berlaku pada tahun 1958. Satu bahagian muzium tu memang didedikasikan untuk peritiwa ini. Aku pulak dengan rajinnya membaca dari awal sampai habis sepanjang dinding tu, memang agak rasa nak menangis juga bila baca tu.

——

Muzium tak besar sangat. Kecik je.  Lepas dalam 20 minit berlegar dalam stadium, kami pun ke tingkat bawah berkumpul untuk sesi nak masuk stadium pulak. So untuk dalam stadium ni, aku sajikan dengan gambar-gambar sikit cukup la ye. Semoga ada rezki peminat MU datang sini tengok game. (^_^)

—–

—–

——

——

Kalau ikutkan nak letak 1 album. Tapi cukup la ni ye. Hehehe.

Later!

p/s: Masih ada 2 hari lagi untuk menyertai Contest Blogger yang Dikagumi. Join eh! (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 Comments

  1. titan November 7, 2014
  2. Denaihati November 7, 2014
  3. eyriqazz November 7, 2014
    • nadot November 12, 2014
  4. anuar November 7, 2014
  5. akubiomed November 8, 2014
  6. Noriza Rahman November 8, 2014
  7. blogger lelaki November 13, 2014
    • nadot November 20, 2014
  8. Hazmin Hamudin November 19, 2014
    • nadot November 20, 2014
  9. Kereta Sewa Shah Alam December 1, 2014
  10. Ade December 1, 2014
  11. Wira Merah December 5, 2014
  12. BloggInspired January 20, 2015
  13. pojokshare June 27, 2015
  14. ProfHariz October 15, 2015
  15. BATIK January 23, 2016
  16. lemari makanan July 29, 2017

Leave a Reply to pojokshare Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·