Permohonan Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM (TPM) 2015

Kepada korang-korang yang berminat nak sambung belajar dan bekerja sebagai pensyarah, bolehlah cuba baca entry di SayaPensyarah.com ni untuk mengetahui tentang Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda UiTM (TPM) 2015 yang akan mula dibuka permohonannya esok!

Biasiswa ni akan dibuka untuk both yang nak ambil Master & PhD, tapi bergantung kepada fakulti juga. Kalau fakulti tu rasa dah cukup pensyarah, tak ada lah dibuka untuk sesuatu bidang tu. Bidang dan peringkat pengajian semua akan diletakkan dalam sistem permohonan online eTPM tu nanti di:

http://onlineapps.uitm.edu.my/eTPM/

Tapi kalau dah apply TPM ni, dan berjaya dapatkan biasiswa, korang kena bersedia lah untuk ditugaskan di mana-mana cawangan UiTM. Kalau fakulti arahkan mengajar di Sabah & Sarawak, Johor, Kedah pun, memang terpaksalah pergi. Nak buat macam mana, cawangan banyak sangat. Bila dah confirm nanti, mungkin kalau ada yang nak tukar suka sama suka between cawangan, rasanya boleh kot. Kalau tak, memang kena stay la di cawangan tu sampai pencen.

Dengan Biasiswa Tenaga Pengajar Muda ni lah yang bagi aku peluang untuk buat Master di Edinburgh 6 tahun dulu. Rezeki Allah dah tetapkan, aku bersyukur sangat walaupun lain langsung dengan adik beradik yang semuanya ambik perubatan. Black sheep in the family betul. Dulu-dulu sedih jadi black sheep, rasa macam bangang sangat. Sekarang dah tua, dah faham betul konsep rezeki, dah happy sangat dah, dan tengok-tengok memang kena study pasal sheep pun time PhD. Hohoho.

Kalau ada yang dapat panggilan temuduga nanti, boleh la rujuk entry Tips Temuduga Biasiswa Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM pulak.

Good luck ye untuk semua yang nak dan akan memohon.

Later! 🙂

P/s: Jom ramai-ramai join Contest Dari Edinburgh – Blogger yang Dikagumi ni sebelum 9 November 2014! 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

31 Comments

  1. ohcikgu October 23, 2014
  2. Khadeejah Hasmad October 23, 2014
  3. Abdur October 23, 2014
  4. Bahrain October 24, 2014
  5. Miracle Vitamins October 24, 2014
  6. Panduan Exam October 26, 2014
  7. caah October 27, 2014
  8. hani October 28, 2014
    • nadot October 28, 2014
  9. enhusna October 30, 2014
  10. nadhirahdahlan November 3, 2014
    • nadot November 6, 2014
  11. aida November 13, 2014
    • nadot November 13, 2014
      • aida November 20, 2014
        • nadot November 20, 2014
  12. yen November 18, 2014
    • nadot November 20, 2014
  13. aida November 21, 2014
  14. Kereta Sewa Shah Alam December 1, 2014
  15. syafiq February 9, 2015
  16. Ummi Aqilah September 21, 2015
  17. Dayangku Nur Faizah June 10, 2016

Leave a Reply to Khadeejah Hasmad Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·