Rumahku Disewa Orang

Salah satu kebimbangan bila aku nak sambung belajar ke UK ni, adalah berkenaan rumah-rumah sewa aku. Bajet macam banyak la kan, padahal 1-2 ulas je. Hehehe. Aku tak tau kepada siapa harus aku bergantung harap untuk menguruskan rumah-rumah sewa ni kalau ada penyewa nak keluar ke, penyewa baru nak masuk ke, ada rosak teruk ke dan lain-lain. Biasa uruskan sendiri dengan Dude, so agak risau la nak minta tolong orang untuk uruskan.

Awal-awal, Abang Ensem adalah insan terpilih yang aku fikirkan untuk diminta tolong walaupun muka ala-ala tak boleh percaya sangat. Hihihi. Dia kata okay je, tapi lepas beberapa ketika dok tengok AE bukan main busy dengan seminar, kerja2 lain & menggatal, malas la pulak nak kacau.

Fikir punya fikir, teringat kawan aku masa kat UM, Mat Utie, yang baru je habis PhD dia (Dr Sayuti la sekarang), yang juga ada beberapa rumah sewa (jeles!!), merangkap agen hartanah part-time dan kaki pancing (ikan, bukan awek cam AE). Agak jeles sebab dia dah habis PhD dan ada banyak rumah sedang aku masih terkapai-kapai kelemasan kat padang biri-biri. ;p

So, bila penyewa sekarang di rumah Putra Perdana aku inform yang dia nak keluar akhir bulan ni, aku contact la Sayuti untuk uruskan. Dia letak iklan kt Mudah 2 minggu lepas dengan harga yang agak tinggi sikit walaupun boleh nego. 2-3 orang je yang call nak tengok, tapi tak jadi tengok. Bila direndahkan sikit harga 3-4 hari lepas, terus ramai nak bayar booking dan-dan tu jugak, dan akhirnya kelmarin, sepasang adik beradik terpilih dan dah bayar booking. Dapatla naikkan RM50 dari sewa lama. Alhamdulillah…

Rumah ni aku beli lelong, ada aku cerita sikit kat entri INI dulu. Rumah ni kecik & pendek je. Comel-comel je. Niat untuk duduk sendiri, tu yang aku tambah sikit dapur terus ke depan. ย Tapi bila fikir kuarters apartment kitorang bayar RM400 je sebulan, kitorang decide untuk sewakan. Agak buang duit la jugak sebab renovate tapi tak duduk. Tapi dah aku ikut nafsu masa ni, tersalah langkah sikit. Tapi takde la menyesal mana sangat pun. Sikit-sikit je. Hehehe. Kalau tak jumpa rumah lagi mana-mana, balik belajar ni, insyaAllah duduk sini la kot.

Masa Renovation

——

Gambar atas ni masa aku melawat tenant dulu. Aku sewakan tak furnish apa-apa pun. Huhuhu.

Kerosakan ditinggalkan oleh penyewa ni, of course lah ada. Nasib baik ada kontraktor yang tolong baiki ย sebab orang yang renovate rumah aku tu kejam buat kerja tak okay. Walaupun agak stress dengan tukang buat rumah tu, tapi aku anggap semua tu ujian atau pengajaran, atau ada la kot dosa aku buat, atau kurang sedekah & zakat ke, dan lain-lain. Positip Nadot! Hehehe.

Ada yang tanya aku, mana aku belajar beli rumah? Boleh lah rujuk entri terdahulu aku yang ada aku cerita sikit dari mana aku belajar beli rumah. Sekarang kalau orang tanya, memang dah lupa dah steps yang perlu tahu untuk nak beli rumah. So, setiap kali aku confuse nak kena buat apa, aku rujuk balik ebook Abang Ensem yang banyak-banyak aku beli.

Semogalah penyewa baru ni jaga rumah elok-elok dan duduk lama dekat situ. Amiinnn… ๐Ÿ˜‰

Later!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

35 Comments

  1. anuar May 31, 2014
  2. Fadzi Razak May 31, 2014
  3. hafizmd May 31, 2014
  4. Ju are May 31, 2014
  5. Aya Radzuan May 31, 2014
  6. Denaihati May 31, 2014
  7. cheqeem May 31, 2014
  8. Hannyabdullah May 31, 2014
  9. sweetkurma June 1, 2014
  10. akubiomed June 1, 2014
  11. Ismail N June 2, 2014
  12. Ustazah Ain June 2, 2014
  13. Mummy Dina June 3, 2014
  14. eyriqazz June 6, 2014
  15. Hairul Azni June 7, 2014
  16. Hijab Terkini June 8, 2014
  17. Hazmin Hamudin June 11, 2014
  18. helmi June 12, 2014
  19. Myra Jay June 16, 2014
  20. Mohd Sayuti June 27, 2014
  21. Shaklee July 10, 2014
  22. Shaklee July 10, 2014
  23. Mazni Azmi July 24, 2014
    • nadot July 24, 2014
  24. Aimi Shaklee July 24, 2014
    • nadot July 24, 2014
  25. Aimi shaklee July 24, 2014
    • nadot July 24, 2014
  26. blog amir August 18, 2014
    • nadot August 21, 2014
      • blog amir October 7, 2015
  27. luthfi September 27, 2014
  28. Noriza Rahman November 5, 2014
    • nadot November 6, 2014

Leave a Reply to Fadzi Razak Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin ยท Log out ยท Entries RSS ยท Comments RSS ยท