Aku dan Biri-Biri

Biri-biri. Itulah subjek untuk PhD aku di Edinburgh ni. Tak ada lah semenggah mana pun studynya, tak ada produk mahupun ciptaan teknologi-teknologi hebat atau ubat-ubatan yang mampu menyembuhkan penyakit yang akan terhasil dari projek aku ni, tapi, Alhamdulillah, aku suka πŸ™‚

Berselfie dengan lamb

Bidang aku ni dipanggil “Applied Ethology” atau Applied Animal Behaviour. So, basically aku kena study behaviour dan physiology sikit cam kandungan hormon dalam darah & najis.

Since 3 April hari tu, researchers & technicians kena kerja shift untuk tunggu biri-biri ni beranak. Terpaksa tunggu sebab lepas je beranak, kena observe behaviour, lepas tu ada beberapa test kena buat beberapa kali dalam 48 jam. Β Nasib baik jugalah ketua projek ni (bekas lecturer masa aku master dulu) consider yang aku ada family dengan anak-anak kecik, so aku dapat shift siang. Yang kesiannya, sebab researcher ada 3 orang je termasuk aku, kitorang kena kerja hari-hari. So, dah 3 weekend aku tak ada. Memang agak tengah penat gak ni mental & fizikal. Harap cepat lah semua beranak so aku boleh rehat weekend ni.

Tengah ambik temperature lamb yang baru lahir 30 minit

——

Lepas habis test-test yang kena buat dalam 48 jam, 2-3 hari lepas tu (bergantung kepada cuaca etc), diorang akan dilepaskan semula ke padang dengan anak-anak diorang sekali. So, lepas habis shift pagi aku dekat shed (kandang indoor tempat diorang beranak dan segala test dibuat), aku kena pergi field pulak buat study kat sana. Field besar woo.. penat.. Tapi bila tengah cuaca elok, agak best gak buat kerja sambil tengok scenery cantik gila.

——

Kalau cuaca elok memang nampak cantik la. Tapi UK memang terkenal dengan unpredictable weather nya. So, kalau cuaca teruk macam berkabus gila seperti gambar kat bawah ni, memang sakit la.

Kabus tebal gila. Visibility 10 meter je kot. Dengan hujannya, kebasahan dan kesejukan gila. Patut ada dua benda aku kena buat, tapi lepas habis 1 benda, aku balik. Dah la tak nampak sheep nya, field besar gila nak mencari dalam kabus, tangan dah kebas sebab sejuk, memang terpaksa aku balik dan sambung esoknya. Huhu

Gambar kat atas ni la segala barang yang aku kena angkut pegi field. Binocular, belah kiri tu “workabout” – ala-ala telepon besar / komputer kecik yang dah diinstall software untuk aku masukkan data yang aku dapat dekat field tu, stop watch & thermo-anemometer, dan clip board dengan observation form. Sakit tengkuk aku bergantung dengan gadget-gadget tu 2-3 jam. Hoho.

Apapun, aku harap korang boleh tolong doakan PhD aku ni berjalan dengan lancar dan aku kuat semangat & rajin untuk habiskan study. Risau aku takut aku over down ke apa. Nauzubillahminzalik….

Korang take care okay.

Later! πŸ˜‰

P/s: Teringin nak buat contest/GA simple hadiah cash sikit. Bila la nak rajin ni. Haiishh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 Comments

  1. Sheila Salim April 25, 2014
    • nadot April 25, 2014
  2. ieta mat sa'ad April 25, 2014
    • nadot April 25, 2014
  3. Abdur April 25, 2014
  4. Aslam April 25, 2014
  5. Anuar April 25, 2014
  6. eyriqazz April 25, 2014
  7. jue a April 25, 2014
  8. titan April 25, 2014
  9. chot April 26, 2014
  10. Denaihati April 26, 2014
  11. Malaysia Tercinta April 26, 2014
  12. akubiomed April 26, 2014
  13. Hero Borneo May 6, 2014
  14. wynn78 May 6, 2014
  15. Khadeejah Hasmad May 7, 2014
  16. Hairul Azni May 19, 2014
  17. Shaklee May 20, 2014
  18. Hazmin Hamudin May 30, 2014
  19. Mazni Azmi July 23, 2014
    • nadot July 24, 2014
  20. luthfi September 27, 2014

Leave a Reply to Hero Borneo Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin Β· Log out Β· Entries RSS Β· Comments RSS Β·