PPA1M Fasa 1 Siri 2 – Nak Beli ke Tak?

Serius aku & Dude lupa gila yang kitorang pernah isi borang permohonan PPA1M ni bulan Mei 2013. Masa tu, ikut orang je la, semua orang isi, kita isi juga. PPA1M ni maksudnya Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia. Yang aku tau apartment2 ni akan dibina di sekitar Putrajaya dan di bina oleh Putrajaya Holdings atau Perbadanan Putrajaya.

Apa yang aku baca, antara presint yang terlibat adalah Presint 11, 17, dan 5. Kalau ada yang lain, aku tak tau la pulak.

Anyway, cam biasa la, yang mengisi nya ramai, so kena la cabut undi untuk nak dapat rumah ni. Serius aku memang tak tau apa-apa sampailah terbaca entry Dkna tentang cabutan undi Siri 2 yang telah diadakan 20 Disember baru-baru ni. Cabutan ni adalah untuk apartment di Presint 5 yang ada size 1000 sq ft, 1200 sq ft & 1500 sq ft. Masa isi borang, aku & Dude pilih yang 1000 sq ft je, tak berapa nak mampu kan. So untuk 1000 sq ft ni, harga dia antara RM150,000 – RM220,000. Itu pun entah aku mampu ke tak. Haiishhh..

PPA1M

So, dalam blog Dkna, Dkna pun bagi juga link untuk semakan sama ada nama kita dicabut atau tidak. Aku yang baru teringat Dude pernah isi borang ni pun gatal-gatal la klik link SEMAKAN ni dan masukkan ic number Dude. Lepas tu, keluar la statement cam ni:

ppa1m2 edit

Alhamdulillah jugak la nama Dude naik untuk beli rumah ni. Walaupun paling kecik antara semua, tapi 1000 sq ft tu kira besar jugak la dari apartment2 ‘normal’ yang biasa company-company luar jual.

Dalam surat makluman, diorang kata ini setakat makluman je. Bayar ke apa semua lepas rumah dah complete or at least 70% dah buat which tak tau la bila tu. Tapi kena hantar surat terima atau tidak sebelum 30 Januari ni.

So kitorang confuse sama ada nak ke tak.

Ada rumah kat Putrajaya memang bagi aku best je. Serius dah 3 tahun tinggal Presint 8, aku sangat suka. Walaupun kena ulang-alik ke Shah Alam tetiap hari, tapi sebab aku suka keluar lambat elak jam, so aku rasa okay je. Hehehe. Walaupun impian di hati nak ada landed area Putrajaya, tapi cam agak sukar untuk aku capai kot. So, ok jekot yang ni. Kalau anak dah ramai nanti, kena duduk rumah lain, yang ini boleh je sewa.. kan? boleh ke? huhuhu… ;p

Pastu yang aku suka juga nombor unit & tingkat dia. Ada kedua-dua nombor feveret aku. Hampir sama dengan alamat bekas kuarters kitorang yang juga sama dengan salah satu apartment yang aku sewakan.

Tapi, masalahnye…mampu ke kami?

Yang aku confuse, dari segi pinjaman. Kalau nak pinjam bank nama Dude, disebabkan komitmen agak tinggi, mungkin tak dapat 90% walaupun first house. Nak pinjam goverment nama Dude, aku ingat tak nak bagi guna dulu sebab nak gabung loan gomen untuk buat rumah atas tanah yang kami beli kat Beranang ‘suatu hari nanti’ (Entah bila laa..). Nak guna loan bank nama aku, dah lebih dari 2 rumah la pulak so mesti la dapat 70% je mof. So, kitorang confuse.

Yang okay nya, nasib baik tunggu dah 70% siap yang entah bila, baru mula bayar. So boleh la kumpul sikit2 sementara aku kat sini (Boleh ke??). Cita-citaDude untuk beli kereta bawak balik adalah mustahil lah nampak gayanye. Hehehhe. So paling koman pikir nak tampung loan yang takkan dapat mof tinggi, kena la aku jual satu rumah. Kalau aku jual rumah low cost Shah Alam aku kat Seksyen 18 dengan harga RM 120,000 ada nak beli tak? Hohohoho… Tapi rumah Shah Alam ni cash flow dia bagus la pulak… Tapi tu je rumah yang bulan Jan/Feb ni dah 5 tahun. So tak payah cukai, dan dah habis lock in period dengan bank. Tapi, entah la…

Abang Ensem, tolong jawab plizz… Hehehehe..

Dah la, malas nak fikir banyak. Bersyukur je dulu sebab dapat. Kitorang ni bab-bab cabut undi jarang bertuah, so bila nama naik, teruja la sikit. Nak terima ke tak, kitorang ada lagi sebulan nak fikir. Ikut tamak, mesti la nak terima je. Tapi semoga apa-apa keputusan yang kitorang buat, adalah yang terbaik yang Allah tentukan tanpa ada perasaan tamak ke apa. Hihi.

Later!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 Comments

  1. Abang Ensem Berketak December 31, 2013
  2. Dkna Abza December 31, 2013
  3. Anuar December 31, 2013
  4. Faizalpj December 31, 2013
  5. jue a December 31, 2013
  6. halif December 31, 2013
  7. Hafiz Rahim December 31, 2013
  8. Denaihati December 31, 2013
  9. titan December 31, 2013
  10. Adam Dzirhan January 1, 2014
  11. hazman aka species1980 January 2, 2014
  12. akubiomed January 2, 2014
    • nadot January 12, 2014
  13. helmi January 8, 2014

Leave a Reply to Abang Ensem Berketak Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·