Bermain di Meadows Sambil Menggigil

Sabtu baru ni, first time kitorang bawak Nawfal main dekat playground Meadows. Dalam pukul 2 lebih, sejam sebelum Maghrib yang pukul ~3.40 pm (sedih kan?), kitorang bertolak dari rumah.

blog1

Agak canggih dan best gak permainan kat sini. Ada 4-5 bahagian yang ada permainan. 6-7 swings, slides memang banyak. Siap ada ala-ala flying fox untuk budak-budak. Ikutkan hati nak naik je, tapi dengan keberatan melampau ni, memang boleh musnah semua permainan sekelip mata. Aku redha.. ;p

Sampai-sampai, sementara Dude bawak Nawfal main-main, aku bagi Nazheef susu.

blog5

Time ni angin memang kuat gila. Aku tak berapa kisah temperature rendah tu kalau takde angin, still bearable lagi. Tapi bila dengan angin, gila sejukk.. Kebas muka aku nak bercakap pun susah gila. Tapi aku tetap bercakap op kos! Time ni dengki gila dengan Nazheef sebab dia duduk dalam stroller je dan boleh tutup rapat so dia tak kena angin. Aku acah dari luar dia gelak je, jeles tauu..Rasa nak masuk je dalam stroler dengan Nazheef.. Haiishh….

Nawfal pulak sangat suka main slide. Swing dia tak nak try pun.

blog4

Lepastu dia selang seli dengan main bola. Time ni ada sorang budak mat saleh layan dia & main bola sama-sama. Lizzie nama dia, sempat Dude tanya.

blog2

Bila dah 3.30 pm nak dekat Maghrib tu, ramai orang pun beransur nak balik dah. Tapi bukan untuk Maghrib la yang pastinye. Hehe. Kitorang pun nak balik, tapi Nawfal buat scene plak menangis tanak balik. Terpaksa la Daddy dukung Nawfal. Sian dia, bosan asyik dok rumah je. Kalau keluarpun, shopping beli barang. Ni je la baru nak bawak dia main. Nanti la bila cerah tak hujan, bawak dia main lagi.

blog3

Mommy & Daddy nak masuk kamera juge! 😉

Later!

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Comments

  1. hazman aka species1980 December 30, 2013
  2. abang Ujang December 30, 2013
  3. akubiomed December 30, 2013
  4. Abang Ensem Berketak December 30, 2013
  5. ohcikgu December 30, 2013
  6. eyriqazz December 30, 2013

Leave a Reply to nadot Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·