Sambut Birthday di Kiraku Japanese Restaurant, Cyberjaya

Bulan Ogos lepas, sempena birthday aku, Dude belanja aku makan dekat Kiraku Japanese Restaurant di Cyberjaya ni. Dia kat dalam bangunan Shaftsbury Square tempat aku makan Volacano Shabu-Shabu Steamboat dengan Mau dulu.

Macam pernah disebut, kalau event birthday or anniversary, hadiah lambat tak apa, tapi makan besar untuk aku wajib ada. Hehehe… Dude macam biasa pening nak bawak makan mana sebab tau dia mesti tak boleh lawan dengan tempat-tempat & surprise yang aku pernah buat untuk dia. ;p

So, seminggu sebelum tarikh birthday aku, tengah aku belek-belek majalah RAPI (nampak tak betapa serius nya aku nak kurangkan berat badan, time pregnant pun baca.. hahahaha), ada kat muka surat belakang-belakang, ruangan tentang tempat makan. Dan untuk majalah keluaran yang aku baca tu, artikel ruangan tu cerita tentang Kiraku Japanese Restaurant di Cyberjaya di mana salah seorang pemiliknya adalah YM Tengku Hishammuddin Zaizi Bin YAM Tengku Azman Shah Alhaj.

Dah alang-alang dekat dengan rumah, aku suruh Dude bawak aku ke situ je la. Senang. Tapi tak senang sangat sebab aku minta juga buat ala-ala fine dining macam aku buat masa birthday Dude dekat Little White Cafe, Bangi dimana kena ada starter, main course, dessert etc. Ha… mengada tak aku? Hahahaha.. So, bermulalah episod rancang merancang Dude dengan restoran Kiraku tu.

So lepas Maghrib 19 Ogos, Dude pun drive aku dan Nawfal (ingat nak dating, tapi tak sampai hati.. hehe) ke Kiraku Japanese Restaurant yang tak jauh tu. Masuk-masuk je, waiter usher kitorang ke tempat makan public yang banyak-banyak meja tu. Kitorang nak duduk je, Pengurus dia yang ber correspondent dengan Dude selama ni datang dan bawa kitorang masuk ke salah satu bilik yang diorang ada.

Bilik yang tempat masak nya betul-betul depan kitorang kalau ikutkan boleh memuatkan 10 orang kot. Tapi family kitorang je yang duduk kat situ. Best woooo.. Diorang ada lagi beberapa bilik yang boleh muat kapasiti yang kecik dan yang besar.

——

Sementara makanan nak dihidangkan, diorang bagi Nawfal ketuk-ketuk ‘dram’ bagi hilang bosan dan mengantuk dia. Memang bising ah Nawfal. Hohoho.

Untuk air, Dude order yang sebelah kanan tu. Nama lupa tapi, mango + soda. okay je. Aku pulak ice blended ke smoothies mango (lupa nama juga). Best juga. Aku suka πŸ˜‰

Setelah menunggu untuk sekian lama, Starter pun mula masuk. atas plate di atas, ada 3 jenis starter. Sebelah kanan tu Ume tomato with Shirauo karaage (tomato & white bait fish), yang bawah macam pie tu Avocado Gratin di mana dalam dia ada fresh avocado, ayam, crab stick, mushroom. Ni antara favourite aku & Dude. Best! Yang ketiga nampak cam ayam tu namanya Tori Teba Gyoza – chicken wing stuff dengan meat & sayur.

Dah habis starter, datangla potato salad (gambar kanan atas). Kalau ikutkan, akan dapat salad sayur-sayur tu. tapi mana aku makan sayur, so request potato salad ni. serius sedap juga. Hehehe. Lepas tu nigiri sushi pulak sampai. Ada tuna, salmon, squid, Inari & ebiko. Serius aku suka. Fresh gila. Sedap. Siap curi Dude punya satu. best best. Hehehe. Kemudian, Osuimono (mushroom clear soup) pulak sampai. Walaupun nampak plain, tapi ada je rasa. Nawfal pun makan la yang ni sikit.

By this time, perut dah agak-agak cam penuh dah. Tapi makanan banyak lagi tak sampai. ;p

So untuk main course, masuklah tukang masak cun gila yang terer buat pisau terbang, mangkuk terbang, telur terbang masuk topi chef dan lain-lain. Memang tak lepas la mata pandang sebab memang cantik chef Thailand ni. Hebat pulak tu menerbangkan segala apa yang ada. kalau aku pun tak lepas mata memandang, Tatau Dude yang kat sebelah aku macam mana. Harap dia hanya mengagumi skill yang chef tu ada, bukan sebab rupa. Jelesss wooo… Hohoho

Cun kan? Hebat pulak tu. Rasa nak cubit je… Haiishhh ;p

So, first yang dia masak adalah teppanyaki salmon yang kiri sekali tu. Masak dengan butter & salt je tapi ada lah sikit bahan untuk sauce. Yang salmon ni, serius sedap gila!!. Serius, aku memang suka.. Memang habis ar makan dan rasa nak lagi pun ada.

Second dia masak Teppanyaki beef pulak dengan sauteed mushroom. Aku suka jugak dengan sauze dia bagai. Dah la aku memang suka muhsroom. Tapi aku tak dapat habiskan sebab serius dah kenyang. Lepas tu, baru dia goreng Garlic Friend Rice depan kitorang. Bayangkan nasi last sekali, lagi la sah-sah tak habis sebab perut dah terima macam-macam. Tapi sedap gak la.. macam garlic fried rice biasa2 tu. hehehe

Tak lepas tu, masuk pulak dessert, green tea ice cream. Sedap juga dan sedaye upaya aku cuba habiskan walaupun perut dah nak meletup.

Tengah makan aiskrim tu, chef cantik tu tulis guna garam ke gula tah ucapan Happy Birthday untuk aku kat tempat masak dia. Banyak gak gula/garam yang digunakan. Tak tau la kot diorang buang ke or kutip balik simpan. Kalau aku, aku kutip balik simpan. Membazir wooo… Hohohoho

Mati-mati aku ingat lepas dessert tu dah habis dah la… Kira nak bersedia untuk balik. Tiba-tiba lampu padam, dan masuk la beberapa orang staf restoran + pengurus, Peggy tu bawak2 cupcakes comel dengan lilin dan nyanyi happy birthday. Aku rasa bukan in-house punya kek. Diorang beli kat luar kot. kot la.. Hihihi.. Lepas tiup lilin, terus aku minta kotak masukkan kek-kek tu, serius tak larat sumbat apa dah. Ingat orang obese macam aku tak boleh berhenti makan ke? (#tetibe.. hohoho).

Apapun, mesti Dude bangga sebab plan dia nak organize makan2 best untuk aku ala-ala berjaya. hehehe.. InsyaAllah, ada rezeki akan pergi lagi. Sedap woo…

Berterima kasih jugak la dekat Dude, sebab walaupun dia tak geti buat benda-benda macam ni, tapi untuk aku yang mengada, dia sanggup ikutkan dan buat sehabis baik. Terima kasih awak yang baik!.. Hihihi

Aku tengok gambar-gambar ni pun rasa kenyang dah + mengantuk. Nak tido kejap la.

Later! πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Comments

  1. hazman aka species1980 September 18, 2013
  2. Sheila Salim September 18, 2013
  3. Mak Lagenda September 18, 2013
  4. titan September 18, 2013
  5. Denaihati September 18, 2013
  6. jue a September 18, 2013
  7. ajumohit September 18, 2013
  8. papa mifz September 18, 2013
  9. chot September 18, 2013
  10. anuar September 18, 2013
  11. akubiomed September 18, 2013
  12. anif September 18, 2013
  13. azue September 19, 2013
  14. Hazmin Hamudin September 19, 2013
  15. luqmanzakaria September 20, 2013
  16. sarah mohamad September 20, 2013

Leave a Reply to luqmanzakaria Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin Β· Log out Β· Entries RSS Β· Comments RSS Β·