Trip Berjakun naik ERL ke KLIA

Aku sebenarnya nak buat entry pasal tempat makan lagi. Tapi macam takut korang salahkan aku berat badan meningkat atau budget lari sebab asyik kena pergi makan tempat-tempat yang dicadangkan, aku pun dengan susahnya carik la idea untuk update perkara lain dulu (^_^).

Tengah carik-carik terperasan pulak yang aku tak pos lagi entry tentang trip aku & Dude berjakun bawak Nawfal naik ERL dari Putrajaya ke KLIA tahun lepas. Saje la bawk Nawfal jalan-jalan naik train walaupun aku & Dude yang terlebih jakunnya juga sebab dah lama kot tak naik train dan aku tak pernah pulak naik ke KLIA.

Tambang dari stesen Putrajaya ke KLIA RM6.20 je one way. So untuk return dewasa RM12.40 lah jadinya. Untuk ‘child’ murah lagi. Tapi Nawfal tak kena la bayar. Mungkin 2 tahun above baru start kena bayar.

Nawfal dengan topi-oren-konon-bersalji yang nenek bagi. Hahaha. Melopong Nawfal tengok train lalu.

Selalunya nak duduk atas riba & dipangku je. Kali ni, bila kita nak letakkan dia atas riba, marah. Nak duduk sendiri like a boss konon. Hohoho. Kan best kalau dalam kereta balik ke Batu Pahat Nawfal nak duduk diam-diam atas seat macam naik train ni. Haiishh ;p

Sampai KLIA, ingat nak bawak Nawfal tengok aeroplane dari Anjung Tinjau. Tapi ada shooting la pulak. Sedih je tau. Kalau tak, mesti best je tengok Nawfal tunjuk aeroplane. Haiishh…

So, Dude bawka la Nawfal main dekat playground KFC. Dude bawak main, of course sambil tunggu, aku makan KFC.. hohoho..

Nasib baik la sebelah KFC tu, nampak jugak 2-3 bijik aeroplane & nampak la jugak diorang take off. Tapi dah namanya sebelah playground, takde la Nawfal jakun sangat tengok aeroplane. hehe

Nawfal tengok aeroplane take off kot..

Sementara Nawfal leka tengok, Mommy & Daddy pun cam whoring la kejap ;p

Kesian Dude terpaksa ikut cara posing aku. Kena practice lagi tu awak. Tak natural langsung. Hohohohoho

Tak lama sangat pun duduk KLIA ni. Dah habis tengok aeroplane & dah cam penat, kitorang balik la ke Putrajaya. Sampai kat Stesen Putrajaya, sempat lagi, Nawfal memanjakan diri:

Memang Like A Boss tau. Overrr. Ikut sapa la ni (^_^)

Later! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 Comments

  1. azue January 22, 2013
  2. Melastik Bintang January 22, 2013
  3. aqu mad January 22, 2013
  4. jal January 22, 2013
  5. Anuar January 22, 2013
  6. hazman aka species1980 January 22, 2013
    • nadot January 22, 2013
  7. hatiputera January 22, 2013
  8. puanbee January 22, 2013
  9. MK Kimi January 22, 2013
  10. jue a January 22, 2013
  11. boni kacak January 22, 2013
  12. Izzuddin Fauzi January 22, 2013
  13. titan January 23, 2013
  14. ishy January 23, 2013
  15. Ezad Skytech January 23, 2013
  16. Ladfe Amir January 24, 2013

Leave a Reply to titan Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin ยท Log out ยท Entries RSS ยท Comments RSS ยท