Selamat Hari Jadi Awak! Kita Sebaya Dah!

Seronoknya bila tarikh 15 januari sampai. Rasa macam ringan je bahu melepaskan beban. Beban di mana aku lebih tua 5 bulan dari Dude. Hahahaha. So officially hari ni, kami sebaya. Happy nya!!.. hohoho

Aku memang suka darah-darah muda ni. Tu yang masa Dude yangย  muda setahun (5 bulan je sebenanrya) ngorat aku, aku on je.. Hahaha..
(Apa, tak percaye Dude yang kepeng gile ngurat aku yang gemuk gile? Percaye lahh! Hohoho)

Pastu bila kawin, saja tanak kawin bulan Disember. Kitorang kawin bulan Januari, lepas birthday Dude, sebelum birthday aku. So dalam sijil nikah & kad nikah tu, umur di tulis sebaya la. Haaa.. bijak tak? Hohoho..

So, darah-darah muda sekalian, sila jauhkan diri dari aku. Takut tak dapat kawal perasaan… hohoho.. Ok, aku gurau. Terlebih gula, tu semacam je ni. hihihi…

Birthday Dude tahun lepas, sebab phonenya cikai, aku belikan la tepon baru. Untuk birthday kali ni pula, hadiah dah dibeli semalam.

Hadiah Dude!

Dude nak 2 kasut Adidas. Yang kiri untuk jogging, yang kanan untuk badminton/futsal punya. Kita ikutkan aje la.. Sekali sekala… Hehe.. Ni pun pening lagi nak fikir hadiah anniversary untuk Dude hujung bulan ni.. Haiishh..

Nampak Dude pilih-pilih kasut, aku pun tak puas hati la. Rasa nak jugak. So aku buang la duit beli sepasang jugak kasut jogging.

Poyo tak?!.. Aku yakin kasut ni akan tetap cantik berkilat seperti ini walaupun 4-5 bulan dah berlalu. Hahahaha. Ok la, aku guna la nanti sekali dua… hihihi

Ni masa sambut birthday Dude 2 tahun lepas. Terpaksa Dude tutup mata sepanjang perjalanan, surprise punya pasal. Esok takda maknanya nak tutup2 mata. Takde kose nak drive dah. Hohoho

So, Awak, sempena Birthday awak yang ke 19 ni (^_^), saya nak ucap Selamat Hari Jadi, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipanjangkan jodoh kita, ditingkatkan kesabaran awak melayan saya yang agak tah pape ni.. Hehehe. Semoga tercapai semua apa yang awak nak (lepas dah ditapis oleh saya la.. ;p), semoga berjaya & bahagia dunia akhirat dan semoga kita berbahagia sampai syurga! Amiiiinnn..

Taaaayaaanngg Awwwaakk Tangat-tangaaat! Muaaahh!

hahahaha… bagi chance ok aku mengekspresikan kasih sayang aku untuk Dude.. sekali je.. Eh..hujung bulan ada lagi sempena anniversary.. tu lagi jiwang nanti.. Tungguuu…Geli, tak yah bace. Hohohoho..

Esok, akan dating belanja Dude dinner sempena birthday. Kalau tempat best, aku buat entry. Kalau tak best aku simpan je dalam peti dan hati. Hohoho.

Later! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 Comments

  1. KiD January 15, 2013
  2. papa mifz January 15, 2013
  3. ishy77 January 15, 2013
  4. donnyien January 15, 2013
    • nadot January 15, 2013
  5. elly-daily January 15, 2013
    • nadot January 15, 2013
  6. matjoe January 15, 2013
  7. Anuar January 15, 2013
    • nadot January 15, 2013
  8. Melastik Bintang January 15, 2013
  9. ohcikgu January 15, 2013
  10. boni kacak January 15, 2013
    • nadot January 15, 2013
  11. aqu mad January 15, 2013
  12. dude January 15, 2013
  13. fazrol January 15, 2013

Leave a Reply to elly-daily Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin ยท Log out ยท Entries RSS ยท Comments RSS ยท