Nando’s di Alamanda Putrajaya EXTRA HOT!

Selama aku hidup ni, aku makan di Nando’s cuma sekali. Tu pun 7-8 tahun lepas, masa masih belajar di UM. Sebelum tu, aku suka gila dekat Kenny Rogers, so bila makan Nando’s buat pertama kali tu, aku tak berapa gemar, so setia la dengan Kenny Rogers sampai sekarang.

Tak pernah la aku teringin sangat nak try lagi Nando’s bila dah tua ni. Tapi entri bergambar dari Eyriqazz baru-baru ni, menimbulkan suatu perasaan misteri dalam hati aku. Rasa macam perlu je terjah nando’s segera. Hohohoho.

So, 4-5 hari lepas entri berhantu tu, aku terus la pergi ke Alamanda, Putrajaya untuk Terjah Nando’s.

Aku order:

1/4 Peri Peri Chicken EXTRA HOT with 2 sides – RM 17.90

Kalau korang tanak ambik sides pun tak pa. Harga jadi RM10.90 je. Tapi perut aku kan mengade. Semua nak ada side dish jee.. hoho

So, sides yang aku pilih ialah Spicy Rice & Spinach.

Dude ambik meal yang sama cuma chicken nya HOT je, bukan EXTRA HOT macam aku. Dan side dish nya adalah Sweet Potato Mash & Grilled Vegetables.

Dan selepas merasa Peri Peri Chicken yang baru pernah makan sekali sangat-sangat lama dulu, aku dah jatuh cinta kot. Even Dude pun suka ayam ni. Rasanya masa aku tak berapa nak suka dulu, lain kot. Hehehehe. Tapi serius la, sedap gak kot ayam Nando’s ni. Pedas yang best! Even dah EXTRA HOT, aku tambah lagi sosnya sebab tak cukup. So, esoknya memang banyak kali snagat la ke toilet. Tapi tak kisah. Aku PUAS! hahahaha

Sidesnya pun sedap. AKu tak berapa makan sayur, tapi aku cuba juga untuk rasa Spinach dia. Rasa dia okay. AKu makan sampai habis. Cuma kalau lah ada perasa lebih sikit or tambah garam sikit ke, lagi sedap kot. Macam kurang rasa sikit. Tapi of course la habis. Hehehe. Spicy rice dia sangat best juga. Sweet Potato Mash pun sedap je sebab aku memang suka je keledek. Grilled vege dia aku tak rasa sebab tak reti makan sayur-sayur grilled ni. hehe

Sebab terpengaruh dengan Eyriqazz juga lah, aku ambil dessert. Kira Eyriqazz la bersalah menjadikan aku banyak makan pada hari tu. Hehehe. So, aku tiru Eyriqazz dan ambik:

Caramel Cheesecake – RM6.90

Combination kegemaran aku – caramel dan cheese. Ya, aku memang suka benda yang menggemukkan. Hahaha. Serius, memang sedap. Rasa caramel yang pekat atas kek cheese tu. Fullamaaakk.. Cair di mulut tuu.. Hohoho.. Tapi mungkin akan ada sesetengah orang tak boleh terima kot sebab caramel dia agak manis. Tapi aku ok je, share dengan Dude, habis je. Hehehe

Memang sedap la Nando’s ni. Memang sure akan diterjah lagi one day. 2 bulan lagi kot. Hohoho.

Kalau ada yang tanya mana sedap antara Kenny Rogers dan Nando’s, memang susah nak jawab. Tak boleh compare sebab both adalah different. Kenny Rogers makanan Western biasa berasal dari US sana, Nando’s pulak adalah Portuguese style punya. Dua-dua sedap. So, pergi la makan dua-dua.. Hehehe

Tapi sebelum korang pegi makan tu, nak minta tolong lagi la.. Hahaha

Aku nak minta jasa baik korang untuk tolong undi blog ni bagi kategori ‘Favourite Foodie Blog’ untuk MSMW 2013. Perlu registerkan semua email yang korang ada (haha) dan aktifkan, lepas tu boleh login dan VOTE! Saaaaayaang korang! (^_^) TQ eh ;)

Later! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 Comments

  1. hafizrahim January 19, 2013
  2. aqu mad January 19, 2013
    • nadot January 20, 2013
  3. beckhrooy January 19, 2013
  4. Anuar January 19, 2013
  5. papa mifz January 19, 2013
    • nadot January 20, 2013
  6. ishy January 19, 2013
  7. Juan January 20, 2013
  8. TehR January 20, 2013
    • nadot January 20, 2013
  9. Arrazi January 20, 2013
  10. khairil January 20, 2013
    • nadot January 20, 2013
  11. Elieza January 20, 2013
    • nadot January 21, 2013
  12. akubiomed January 20, 2013
  13. aimannajmy January 21, 2013
  14. hazman aka species1980 January 21, 2013
  15. titan January 21, 2013

Leave a Reply to nadot Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·