S26 PE Gold – Percuma Stok Susu 2 Bulan untuk Nawfal

Seronok gila bila aku dapat stok susu S26 PE Gold  (Picky Eater) untuk 2 bulan percuma! Alhamdulillah sangat. Aku rasa sebelum ni aku pernah register kot dengan Wyeth Nutrition yang keluarkan susu jenis S26 ni sebab Nawfal guna yang S26 Progress yang biasa dan murah tu.

Then one day dapat sms dari diorang yang mengatakan berapa ratus tah customer terpantas untuk reply that sms dengan text yang diminta akan dapat stok susu percuma S26 PE Gold. So, aku reply je la SMS tu and few days later, dapat call dari Wyeth Nutrition untuk collect susu ni pada 30 November.

Gila best dengar! Ye la, 2 bulan jimat duit susu. Keluar duit pampers je la untuk Nawfal. Huhuhu.

Tapi awal-awal aku risau juga sebab Nawfal kalau ikutkan minum jenis S26 Progress biasa. So risau jugak takut S26 PE Gold ni tak sesuai dengan Nawfal risau cirit birit ke, tak sedap perut ke.

Susu yang biasanya Nawfal guna -S26 Progress yang biasa (bukan Gold)

Macam sebelum ni, lepas habis bagi susu ibu secara ekslusif selama 10 bulan, aku guna Lactogen sebab itu yang mak aku guna, dan semua anak-anak guna – kecuali aku yang guna sekajap sangat sebab masa umur 3 bulan dah terbang ke Jepun ikut ayah belajar 3 tahun. Kat Jepun mana ade susu Lactogen. Hehe.

Anyway, masa Nawfal guna Lactogen, awal-awal cam ok, tapi seminggu dua minggu perhati kerap sangat pulak berak dan agak cair. So rasanya tak sesuai la. Memang tak tau nak guna susu apa untuk ganti. Then teringat yang Axie ada cerita dia guna S26 untuk baby dia, dan aku cek harga sederhana, aku guna je la dan nasib baik serasi.

Mungkin ada yang bercakap dalam hati tentang kekedekutan aku bagi susu brand murah-murah untuk anak, kurang nutrisi la, kurang DHa la, gangliosida la, ape-ape bende tu lah. Elok je mak & adek beradek aku jadi bila besar ;p

Apapun, susu ibu tetap terbaik! Tapi rezeki Nawfal sampai 10 bulan je.. Sedey..
(Ni yang nak buat entri pengalaman exclusive pumping dulu ni.. hehehe)

Back to the story:

So, 30 hb November lepas, aku pun pegi la ambik dekat office Wyeth kat Jaya 33, PJ. Gigihla aku angkat 1 kotak yang mengandungi 12 carton susu 400g each turun lif. Susah jugak la nak bawak turun masa tu. Hehehe

Sebelum kotak dibukak

——

Cek kira dulu, cukup tak 12 carton.. Hehe

S26 PE Gold

Nasib baik sangat elok je Nawfal minum tanpa cirit birit ke apa. Bak kata Cik Wati PE Gold ni lebih sedap dari yang biasa punya. Nawfal minum pun agak laju dan lebih sikit berbanding masa minum yang biasa.

Sekarang risau pulak lepas habis stok ni Nawfal tak nak S26 biasa yang murah tu. Takut dia nak yang PE Gold  ni je. Jangan la high taste sangat nak ooiii. hohoho…

Terima kasih Wyeth Nutrition untuk stok susu 2 bulan ni. Nawfal suka sangaaat. Minum je susu ni, terus jadi rajin:

Hohoho..

Later! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 Comments

  1. Hafizul December 20, 2012
  2. titan December 20, 2012
  3. Farid Adam December 20, 2012
  4. akuzle ayu December 20, 2012
  5. Abdur December 20, 2012
  6. axie December 20, 2012
  7. Myra Jay December 20, 2012
  8. Mat Utie December 20, 2012
  9. eyriqazz December 20, 2012
  10. Ummi Hanie December 20, 2012
  11. hafizmd December 20, 2012
  12. jue a December 20, 2012
  13. sweetkurma December 20, 2012
  14. hazman aka species1980 December 20, 2012
  15. boni kacak December 20, 2012
  16. papa mifz December 20, 2012
  17. aslam December 20, 2012
  18. donnyien December 21, 2012
  19. Debora December 30, 2012

Leave a Reply to eyriqazz Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·