Maharaja Lawak Mega 2012 Episod 1 Yang Ditunggu-tunggu

Yeay!!! Maharaja Lawak Mega 2012 dah mula!!!! Setahun dok tengok ulangan Maharaja Lawak Mega 2011 atau Maharaja Lawak yang Sepah menang tu…akhirnya, mula jugak Maharaja Lawak Mega 2012 ni. Dah la ada Jozan & Boboi yang bergabung dengan Nabil, sangat suka!!

Setiap Jumaat, 10 malam di Astro Mustika HD 134 dan untuk masa terhad di Astro Warna 132. Sumber: http://www.budiey.com/

Ada 4 orang juri untuk episod pertama Maharaja Lawak Mega 2012 ni, Wulan yang cantik (Indonesia), Awie, Lisa Surihani yang comel & Najib (Singapore). Untuk 3 minggu pertama ni, kata AC, takde penyingkiran. Boleh la tengok puas2 persembahan diorang. Tapi aku awal2 ni mesti tengok skip-skip sebab mesti ada kumpulan yang bosan. Hehehe.

11 peserta mengambil bahagian termasuk BALAS – kumpulan yang menang Hot Seat mengalahkan kumpulan Kecik & Mamu. Kebetulan diorang kumpulan yang pertama membuat persembahan, cam biase la, mesti la lawak lucah yang diorang bagi. Tensen! Padan muka kena tegur dengan Awie suruh kurangkan lawak lucah.

Kumpulan SayWho macam biase, comel jee.. suke tengok Bocil tu. Then kumpulan Shiro, boleh tahan la walaupun punch line tak sampai-sampai. Kumpulan R2 pun agak hambar gak minggu first ni.

Sabon (Sathiya & Abon) again, tak berape ok. Aku lagi prefer kalau dengan Os macam last year sebab kadang-kadang susah nak faham apa Sathiya cakap. Kumpulan DaDiDu gabungan 2 Singaporean & Badul, lagi lah takde punch line langsung. Hadoi yaiii..

Kumpulan The Bandung Joker pun merepek jugak. Tensennn nauu!!…Tapi lepas tu, Jozan!!! Aku bias.. so even korang kate bosan ke ape, bagi aku best je!! Boleh Johan impersonate Awie… Bengong ah!

Jozan!! Sumber: http://whoa.my

Dah best-best gelak-gelakkan Jozan, lepas tu kumpulan Pmai buat persembahan, tensen balik okkk… sedey je tengokk.. Haiishh..

Second last group, Boboi!! Tapi kali ni punch line agak lambat. Tapi boleh la gelak gak. Hoho. Yang terakhir, kumpulan Jambu pulak bangang cam biase. Serius lawak diorang memang suke lain dari lain dan merepek. bengong gile! hohoho..

Walaupun 3 minggu pertama ni tak akan ada penyingkiran. Tapi diorang tetap umumkan 3 undian terendah. So untuk minggu ni yang terendah adalah kumpulan R2, DaDiDu dan PMai.

Kumpulan tertinggi pulak, tempat ketiga, Boboi, kedua – Jambu, dan pertama JOZAN!!.. Memang sangat dijangkakan la. Hehehe

Kesimpulannye, bagi aku, macam biase la, banyak kumpulan yang masih agak bosan & dull gile lawaknye. Tapi maybe sebab minggu pertama baru kan. (Pikir positip ni… ;p). Hopefully minggu-minggu seterusnya, better sket. Dah la 3 minggu tanpa penyingkiran, penat kot nak tengok kumpulan-kumpulan yang kurang best tu.. Haiishh..

Tak sabar tunggu minggu depan.

Later! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 Comments

  1. KiD November 17, 2012
  2. Jebeng Otai™ November 17, 2012
  3. Amirez November 17, 2012
    • nadot November 17, 2012
  4. beckhrooy November 17, 2012
  5. Eizil November 17, 2012
  6. Zohan November 17, 2012
  7. syaifuddin alias November 17, 2012
  8. titan November 17, 2012
  9. Dzirhans November 17, 2012
  10. papa mifz November 17, 2012
  11. syaifuddin alias November 17, 2012
  12. khairul November 17, 2012
  13. Hazmin Hamudin November 17, 2012
  14. donnyien November 18, 2012
  15. hairulafiz November 18, 2012
  16. Faezah Pardi November 19, 2012
  17. hazman aka species1980 November 20, 2012
  18. Hafizul November 25, 2012

Leave a Reply to syaifuddin alias Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·