3 Blog Pilihan Terbaik

Pertama kali singgah blog Amirez, aku tertarik dengan ‘Contest 3 Blog Pilihan Terbaik‘ yang dianjurkan. Walaupun aku tahu ia adalah untuk menguji SEO dan aku tahu aku tak akan menang mahupun berada di muka hadapan Pakcik Google, sebab maksud SEO pun aku asyik lupa je ;p dan tak pernah ambik bahagian dalam apa-apa pertandingan SEO. Tapi sebab tajuknya yang macam menarik dan boleh dijadikan entri hujung minggu yang memang tengah tak ada idea ni serta secara zahirnya, syarat-syarat penyertaan nampak senang teramat dan menarik, jadi aku mengambil keputusan untuk turut serta memeriahkan majlis (^_^).

Dan bila aku dah mula menulis ayat pertama, kesenangan yang aku sangkakan, rupanya susah nak mati. Satu, aku perlu menyenaraikan 3 blog pilihan terbaik daripada banyak-banyak blog terbaik yang pernah aku baca. Susah gile nak pilih. Sebab tersangat banyak blog yang aku suke gile yang akan aku singgah baca hari-hari. Entri yang sepatutnya santai-santai pada hujung minggu, membuatkan aku serabut fikir nak tulis apa.

Dua, syarat penyertaan mewajibkan entri ‘ditulis dengan Bahasa Melayu dengan ejaan yang betul tanpa ada singkatan perkataan’. Inilah yang paling susah untuk aku lakukan. Kalau korang yang dah biasa masuk blog aku, mesti korang dah tahu cara penulisan aku yang entah apa-apa, dengan penulisan yang tunggang langgang, perkataan disingkatkan, harus campur dengan bahasa inggeris dan lain-lain lah. Amacam, kagum tak dengan keskemaan aku tulis entri ni. Susah wooo..Hohohoho

Sepanjang aku tulis entri ni, banyak kali aku perlu padam balik ayat dan kadang-kadang satu perenggan sebab ayat bercampur dengan Bahasa Inggeris sikit-sikit, dan masih menyingkatkan perkataan dan lain-lain. Susah betul. Tapi sebab dah mula, aku teruskan lah jugak. huhuhu

Waaah! 4 perenggan tu pengenalan aku untuk kontest ni. Bila la aku nak insaf dan terus sampai ke isi penting tanpa merepek tak tentu pasal. Haiishhh..

Dari banyak-banyak blog yang bagi aku sangat-sangat terbaik, aku memilih 3 blog yang secara kebetulan ada persamaan ada kata sifat ataupun ‘adjektif’ pada domain blog mereka.

Antara 3 blog pilihan terbaik aku, yang pertama, adalah blog Boni Kacak di mana dapat kita lihat di situ, kata sifat pada domainnnya adalah ‘kacak’.  Tak, aku bukan pilih blog ni sebab Boni tu kacak. Aku pun tak pasti, kacak ke Boni tu? Pernah jumpa sekali, tapi serius aku tak dapat nak kategorikan kacak atau tak Boni sebenarnya. Hahahahaha. Ampun Boni. ;p

Aku pilih blog Boni sebab lawak yang entah apa-apa yang kadang-kadang boleh membuatkan aku sakit perut dalam cubaan untuk gelak secara sopan (aku cuba nak insaf dan tidak gelak terbahak-bahak lagi ;p). Penceritaan yang selamba yang kebiasaannya berakhir dengan pembaca ditipu dengan lawak bangangnya membuatkan aku terpaksa singgah ke blog nya setiap hari semata-mata untuk kena tipu dan gelak. Hahahaha.

Aku pulak memang jenis yang kena gembira sentiasa. Tak suka benda-benda sedih. Kalau buku ke filem ke drama ke yang aku tau ada elemen sedih dalamnya, memang aku tak kan baca atau tengok la. Sebab mungkin badan aku besar, jadi taman dalam hati pun besar, maka senang sangat rasa sedih, syahdu dan sayu. Hohoho. Itu pasal la rancangan kegemaran aku adalah Karoot Komedia X & Maharaja Lawak. Hehehe. Terima kasih Boni (^_^)

Blog kedua pilihan aku adalah blog ProudDuck (kata sifat = Proud). Blog ni antara blog yang awal-awal aku kenal sejak aku mula menulis blog. Pemilik blog, Vivy Yusof yang aku pasti sangat dikenali ramai adalah bagi aku seorang blogger yang hebat menulis dan  ala-ala sempurna kehidupannya. Dah la cantik, pandai, kaya, ada perniagaan sendiri walaupun masih muda, baik pulak tu, mesti la perempuan obese yang tak berapa nak ada apa-apa macam aku ni berangan nak jadi macam dia. Hahahaha. Walalupun suka baca blog Proud Duck dan suka tengok ‘kesempurnaan’ kehidupan dia, aku tetap bersyukur menjadi aku walaupun sangat terang lagi nyata ketidaksempurnaan aku. Hehehe. Banyak sangat nikmat yang Allah s.w.t bagi walalupun aku sedar aku tak berusaha dan berdoa cukup kuat untuk melayakkan aku menerima nikmat-nikmat yang dikurniakan. Bila lah aku nak insaf ni. Huhuhu.

Blog ketiga pilihan aku pulak adalah blog Abang Ensem. Dan sama juga seperti blog Boni, aku tak memilih blog ni disebabkan kehenseman penulis. Yang ni, dah berapa puluh kali aku jumpa, aku masih agak keliru tang mana yang hensem sangat nya. Serius, aku cuba carik, tapi tetap tak jumpa bahagian mana yang dikatakan hensem sangat tu. Hahahahaha. Ampun juge AE! ;p

Sumber: Koleksi Peribadi ;p

Blog AE adalah blog yang agak wajib untuk aku terjah. Kalau pukul 12 tengah malam aku belum tidur lagi, mesti aku bukak blog AE sebab memang akan ada entri baru ketika itu. Pernah jugak tak ada entri baru pukul 12 pm, aku jadi macam tak keruan, dok pikir AE sihat ke tak. Hahahaha. Ok, itu aku tipu. Sila jangan perasan dan percaya ye AE. Hoho.

Walaupun bukan semua orang minat dengan hartanah, tapi aku rasa pendekatan dari segi penulisan yang AE gunakan, boleh menarik minat sesiapa je untuk menceburkan diri dalam hartanah. Rasa macam senang je dia beli 14 rumah yang dia ada tu. Budak-budak muda lepasan universiti wajib baca blog AE ni tau. InsyaAllah, senang anak cucu. Hehehe.

Waahh.. Seronoknya dah habis tulis. Seksa sangat nak kene kawal cara penulisan. Tapi bagus jugak untuk melatih aku dalam penulisan skema. Hohoho. Tapi Amirez, rasanya perlu longgarkan sikit syarat kot. Saya baca blog-blog yang berada di muka pertama, banyak je perkataan Bahasa Inggeris yang saya jumpa. Hehehe.

Korang yang tak berapa nak ada kerje & kekeringan idea tu, jomlah kita join kontest ni ramai-ramai ye.

Contest 3 Blog Pilihan Terbaik ini dianjurkan oleh Amirez (dot) com dan ditaja oleh ContengConteng, Nurqider, Muazfariz, Azri, Shaharil, Firdaus Latib, Saljuhumairah, Ladfe Amir, CitaReka, Yaa Designs, Aiman Aziz, Hadi Hanafee dan Impiana Guest House

Later! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

35 Comments

  1. Anuar November 18, 2012
    • nadot November 18, 2012
  2. eyriqazz November 18, 2012
  3. Sop November 18, 2012
  4. Eizil November 18, 2012
  5. eyriqazz November 18, 2012
    • nadot November 18, 2012
  6. cik tom November 18, 2012
  7. titan November 18, 2012
  8. beckhrooy November 18, 2012
  9. syaifuddin alias November 18, 2012
  10. Amirez November 18, 2012
  11. puanbee November 18, 2012
  12. Manusia Terkacak Di Bumi November 18, 2012
  13. nasique November 18, 2012
  14. hatiputera November 19, 2012
  15. Juan November 19, 2012
  16. papa mifz November 19, 2012
  17. Nurul November 19, 2012
  18. Myra Jay November 19, 2012
  19. Jebeng Otai™ November 20, 2012
  20. Aida Rosedi November 22, 2012
  21. Hafizul November 25, 2012
  22. nasique November 29, 2012
  23. wanayu December 2, 2012
  24. Pingback: 3 Blog Pilihan Terbaik | Nadot’s Words December 13, 2012
  25. 10 Blogger Terbaik Malaysia January 19, 2013

Leave a Reply to nadot Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·