Ketidaklengkapan di Aidiladha

Walaupun dah agak terlambat, tetap aku nak ucapkan Salam Aidiladha kepade korang-korang yang singgah blog ni. Semoge raye korang seronok dan best je. At least tak la ralat sangat korang nak keje esok (aku masih cuti esokk.. har har har – gelak ala2 evil tak jadi ;p)

So, raye kali ni, disebabkan Dude balik dari kursus petang Khamis, make tak nak la rushing balik Johor dulu. Penat. So pagi2 raye tu pukul 7 lebey kitorang gerak dari Putrajaya ke rumah parents aku di Bandar Menjalara, Kepong, lepas solat raya, makan-makan-makan-makan (terpakse menggandekan dgn banyak gile sbb mkn byk gile), baru kitorang gerak ke Batu Pahat.

Nawfal yang gembira di pagi raya. Gambar kiri (di Putrajaya). Gambar Kanan: di rumah parents.

——

Disebabkan mase raye Aidilfitri baru ni, tak sempat amek gambar dengan family aku sebab balik Bt Pahat dulu, so raye haji ni, dapat la amek gambar walaupun tak semua ade.

Berdiri dari kiri: Midi (hasben Alang), Alang, Si Comel, Dude

Duduk dari kiri: Afiq, Ayah, Mak & Nawfal, Kakcik

Yang takde dalam gambar, Along & Kak Syafa & anak2 nye 3 org, dengan Kakteh.

Along, doktor army, tak balik raye dok Kat kem Kuala Lipis. Sebelum pegi Malbatt 3 kat Lubnan, dapat kat kem Rasah, habis misi, kene ke Kuala Lipis lak. Kak Syafa yg jugak doktor kat Hospital Selayang, tinggal la dgn anak2 kat kuarters hospital Selayang tu. Seb baik ade bibik n dekat dgn rumah mak jugak untuk mak jage Adam skali skale.

Kak Syafa & anak2 balik Kedah, berpantang sane, baru sebulan dapat baby ketige.. Semua hero2 tu.. πŸ™‚

Kakteh tengah praktikal kat Hospital kat Semarang, Indonesia mase ni. Next week kot balik ke Jakarta balik. Betul2 habis next year rasenye.

Kakcik dapat cuti skejap je sbb Isnin dah exam, tengah wat foundation kat Monash.

Afiq sronok ar, dapat cuti sekolah 3 minggu. Dia skolah kat RMC/MTD, ikut jejak langkah Along kitorang.

Alang Selase ni, dah kene gerak ke Johor untuk lapor diri & nak tau penempatan untuk MO nye. Tatau lagi spital or klinik kesihatan mane. Apply Hospital Melaka same cam Midi, tapi penuh gile, so Midi yg akan mintak tukar ke Johor once alang dapat tau kene keje mane.

Tengok, aku kot yg ‘blacksheep’ dlm family ni. Semue diwajibkan jd doktor kot.. Tapi sebagai seorang yg rebellious dan tak brape nak pandai, aku terpakse menjadi pensyarah je… hohoho… Semoge aku dapat juge la title ‘DR.’ di depan lepas buat PhD nnt.. AMiiinn.. Doakan aku ye…

Ayah malam ni ke Manchester, wakil SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia), ade keje, pegi sekali dengan pegawai2 & pengarah2 koperasi lain macam Pengarah Urusan Bank Rakyat Datuk Yusof (same nama dgn ayah ;p) dll.

Ni InsyaAllah akan jadi last out station obersi ayah sebab ayah amek option pencen awal. awal tahun depan. Sebelum2 ni, PTD yang akan isik post ayah ni. Kire ayah org ‘dalam’ first la dari JPK/SKM sendiri yg pegang post tu. Tapi ayah nak pencen ni, tatau la KSU or Menteri nak cadang sape plak. Mungkin dapat balik pade PTD or orang SKM sendiri, Wallahualam. Semoge yg terbaik utk SKM. Aku lak rase sayu ayah nak pencen sbb dari aku kecik &Β  ‘tahu’, ayah mmg keje situ, n disebabkan SKM close service, kawan2 batch ayah dari aku kecik sampai ke besar org2 yg same je. Haisshhh…

Lari tajuk dah la plaaakk.. tu la, lame tak menulis, jadi tak reti dah.. hehe

Sebelum aku melalut lebey jauh, aku stop ar & aku sudahi dengan gambar2 lagi.. hehehe

——

——

Nawfal yg gembira!

——

Emak, dengan satu-satunye anak mak yang obese. Yang lain semua kecik-kecik except Along yg dah ade ‘perut’.. hoho

Ye, terbukti aku memang ‘blacksheep’ yang cantik. Dem! (^_^)

Later! πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 Comments

  1. KiD October 28, 2012
  2. Aaron Aziz October 28, 2012
  3. ANuar October 28, 2012
  4. cik tom October 29, 2012
  5. jue a October 29, 2012
  6. Denaihati October 29, 2012
    • nadot October 29, 2012
  7. maszull October 29, 2012
  8. Melastik Bintang October 29, 2012
  9. Myra Jay October 29, 2012
  10. hazman aka species1980 October 29, 2012
  11. abangensem October 29, 2012
    • nadot October 29, 2012
  12. sha October 29, 2012
  13. Rem October 30, 2012
  14. Nurul October 30, 2012
  15. aleesya October 30, 2012

Leave a Reply to nadot Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin Β· Log out Β· Entries RSS Β· Comments RSS Β·