Terjun Tiruk di Grand Lexis, Port Dickson

Minggu ni adalah minggu yang agak sebuk, di mana selain dari beraye, aku mencuri masa untuk bercuti bersame Dude & Nawfal untuk hanya satu malam di Hotel Grand Lexis, Port Dickson pada Hari Raya Ketiga.

Ini kali kedua aku ke hotel ini, dimana kali pertama adalah pada Februari 2010 lepas majlis resepsi sebelah Dude – ala2 pre-honeymoon. hehe. Dulu, Grand Lexis ni dikenali sebagai Legend International Water House.

Reason aku suke ke sini?

Ada Swimming Pool dalam bilik uoollss! ;p

Semenjak asyik bercuti dan menyewa banglo A Famosa bersama family yang ada swimming pool sendiri, aku jadi sangat mengade, di mane aku nak jugak bile bercuti, nak ade swimming pool dalam bilik, supaye aku merase kurang berdose bile mandi di public swimming pool yang disediakan hotel. Ye, aku poyo, aku tau… hohoho

So, kalau untuk kami bertiga, nak ambik banglo di Melaka adalah besar dan mahal, RM800++ satu malam. Nak ke chalet di Cherating pun utk pergi beramai sebab ade 2 bilik, jauh dan juge mahal, RM800++. So yang paling dekat dan senang nak pegi, op kos lah di PD.

Reason aku ke sini lagi walaupun bagi aku tetap agak mahal untuk sebuah hotel, adalah sebab aku tak pernah bercuti bertiga lagi anak beranak tahun ni. Last cuti bulan Februari hari tu ke Langkawi bersama rombongan SEHENGUS dengan para suami & anak2. Dude pulak kursus sampai Disember dan akan ke Pahang untuk Wataniah selama sebulan mulai hujung minggu depan, so memang takkan bercuti la. Might as well, menggunakan cuti raya Dude ni, curi la masa pegi tempat best sket.

Tapi tempat feveret bercuti aku, tetap adalah di pulau-pulau seperti Pulau Perhentian – rindu nak scuba!!

Ok, back to Grand Lexis:

Hanya ada satu jenis bilik je yang untuk 2 orang (1 King Bed), so pool dalam bilik adalah agak kecik la. 1-2 stroke berenang dah sampai hujung. Kedalaman 4 kaki je. Tapi bagi aku puas hati la, dan aku memang suke bilik dan tempat tu. Bilik jenis lain semua yang ada 2 King Beds dan pool yang lebey besar dan sesuai untuk swim.

Harga asal bilik ni adalah RM580. Tapi dengan menggunakan government rate, dapatlah diskaun 15%, menjadikan harga yang aku bayar RM493 Nett termasuk buffet breakfast untuk 2 orang.

Pandangan dari pintu masuk

——

——

——–

——

——-

Nawfal Si Penerjun Tiruk

——

Dari glass panel di lantai yang membolehkan kite tengok bawah bilik, masa air nak mula pasang, nampak la biawak kat bawah tengah carik makan. Khusyuk je Nawfal tengok biawak tu

——

Nawfal khusyuk lagi tengok air yang tengah pasang, ada juge nampak anak ikan todak dan ikan kecik-kecik spesies ape tah

——

Betape bestnye sambil berendam, tengok langit biru. Nawfal pun pandai tunjuk-tunjuk ke langit bile melepak tepi kolam. Mesti Nawfal kagum dengan kecantikan awan-awan dan langit tu. Subhanallah..

Unit macam kami yang atas laut ni bagus sikit, sebab pool memang open air la, takde atap, tapi sebab jauh ke arah laut, terhadang la dari penglihatan mereka yang duduk bilik ‘Sky Living’ (bangunan tinggi punye – still ade pool)

Kalau ambik yang garden view, sebab dia hampir dengan bangunan tinggi kat hotel tu, kalau ade yang mengintai dan meneropong memang nampak le kot. Mungkin la..aku tak sure sebab tak penah duduk situ. hohoho

Cukupla untuk entry ni. Gambar-gambar persekitaran, dinner di PD, dan breakfast buffet di hotel, akan diceritakan dalam entri-entri seterusnye.

Yang pasti, AKU MEMANG SUKE GILE HOTEL NI. Untuk maklumat lanjut mengenai jenis-jenis bilik dll, boleh la visit website Grand Lexis ni. (^_^)

Later! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 Comments

  1. hazman aka species1980 August 24, 2012
  2. boni kacak August 24, 2012
  3. Mama Murai August 25, 2012
  4. Jebeng Otai™ August 25, 2012
  5. Anuar August 25, 2012
  6. Zarul Umbrella August 26, 2012
  7. ila August 26, 2012
  8. ReM August 27, 2012
  9. Nurul August 27, 2012
    • nadot August 27, 2012
  10. sha August 27, 2012
  11. Pingback: Tasmizi Tomyam, Port Dickson | Nadot's Words September 3, 2012
  12. halif September 9, 2012

Leave a Reply to ReM Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·