A&W PJ – Tempat Jatuh Lagikan Dikenang

Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat bermain.

Lebey kurang cam tu la aku ibaratkan A&W 24 Jam depan Amcorp Mall kat PJ ni. Terlalu depan A&W ni tadi masa balik dari bangunan P1 petang tadi. Ter’walking’ down the memory lane pulak bile tengok bangunan ni.

Sepanjang 3 setengah tahun kat UM (tak termasuk Asasi UM tuu), A&W ni lah antara tempat aku memadu kasih janji setia melepak-lepak di kale tengah malam, stadi konon di kale menjelang exam, buat birthday party, dan banyak la lagi aktiviti yang dijalankan kat sini dari 1st year sampai la final year. Ha! First time aku & Dude clash melalui tepon pun, lepas clash terus datang sini dengan kawan-kawan melepak sampai pagi bute sebelum mendapat panggilan Dude pada pukul hampir 4 pagi untuk pujuk aku balik. hohohoho.

Aku memang sangat suke rootbeer float  dari kecik sampai la sekarang ni. Jadi aku salahkan rootbeer ni la antara faktor yang menyebabkan keobesitian aku. Kalau takde bende alah ni, mungkin aku takkan jadi sebesar ni. hohoho.

Tapi sayang sangat, banyak-banyak benda yang kitorang berhepi-hepi di sini, takde pun gambar yang diambik. Seb baik ade terjumpa satu gambar ni dalam album aku.

From left: Nadot yang selebet, Dr Fakhrul lecturer UM, Cikgu Is, Farah yg jauh di perantauan ikut hasben belajar, Cikgu Nor, Azri si engineer kat Johor dan Muzri yang aku konpius kat mane dia sekarang..hehe

Ni masa tahun 2003, kitorang baru masuk 2nd year, sambut birthday kawan kitorang Azri pd 16/6. Kitorang geng sekolej masa First Year sebelum berpecah mase 2nd year ade yg stay kolej same, ade yg pindah kolej, dok luar etc. Tapi kalau ade birthday kawan-kawan, kitorang akan try gak berkumpul same-same balik.

Jadi la walaupun ade sekeping gambar je kat A&W ni. Yang pasti, dengan mengingat je A&W PJ ni, aku dah cukup hepi dah 🙂

Later! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

31 Comments

  1. aslam August 9, 2012
  2. east August 10, 2012
    • Nadot August 11, 2012
  3. boni kacak August 10, 2012
  4. abangensem August 10, 2012
  5. samdaddycool August 10, 2012
  6. Jebeng Otai™ August 10, 2012
  7. suraya August 10, 2012
    • Nadot August 11, 2012
  8. budakfelda August 10, 2012
  9. Farah August 10, 2012
    • Nadot August 11, 2012
  10. hazman aka species1980 August 10, 2012
  11. ReM August 10, 2012
    • Nadot August 11, 2012
  12. Nurul August 10, 2012
  13. titan August 11, 2012
  14. AZENI AHMAD December 17, 2014
  15. AZENI AHMAD December 17, 2014

Leave a Reply to Nadot Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·