Kelakuan Binatang

Animal Behaviour

Bahasa Melayu kasarnye = Kelakuan Binatang

Bahasa Melayu sopannye = Kelakuan Haiwan

Ni lah bidang yang aku ambik untuk Master  tahun 2007-2008 di bawah skim TPM, UiTM.
Nama penuh master aku ‘MSc in Applied Animal Behaviour & Animal Welfare’

Dan bila kita ada ijazah dalam bidang ni, antara soalan-soalan yang kita akan dapat adalah seperti:

  1. Nadot, kenapa kucing tu berak merata tak tutup najis dia dengan pasir? Bukan kucing biasenye kaver najis dengan pasir ke?
  2. Nadot, kenapa hamster aku monyok je? Dia period ke?
  3. Nadot, kenapa unta tinggal dekat padang pasir, tak tinggal dekat padang rumput?
  4. Nadot, macam mana kura-kura melakukan ‘perbuatan itu’?

 

Ok, soalan-soalan di atas aku cipte reke je…Tapi lebey kurang mcm tu la yang di tanye. Semua mengexpect aku tau everything pasal kelakuan-kelakuan haiwan ni.

Merepek ape korang?!.. Aku belajar setahun je, mane nak kaver semua haiwan yang wujud dalam dunia ni. Mestila aku kene buat research untuk tahu lebey pasal satu-satu jenis haiwan tu. Dulu untuk dissertation, kajian aku pasal Rhinoceros unicornis (Indian Rhino/Greater one horned rhino) di Edinburgh Zoo – rhino kedua terbesar dari 5 species rhino yg masih wujud.

Dah tak ingat dah ni Babu atau Fanindra

Comel kan beliau?.. ;p

Later!

p/s: Baru dapat email, application untuk RIF Grant untuk wat research GAJAH dah diluluskan dan boleh ambik Rm10,000 untuk tahun pertama. Alhamdulillah. Tapi malasnye mahu mule.. Doakan ye…;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Comments

  1. eyriqazz July 10, 2012
    • nadot July 10, 2012
  2. Nurul July 10, 2012
  3. aslam July 11, 2012

Leave a Reply to aslam Cancel reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·