Mungkinkah sebab itu saya gembira?

“Happiness pulses with every beat of my heart.” ~Emily Logan Decens

__________________________________________________________

Saya tidak tahu mengape. Tetapi saya sangat gembira hari ini walaupun tidak cukup tidur mlm td. Mungkinkah kerana saya sudah sihat? Dan mungkin juga kerana saya keluar berjumpa kawan-kawan tadi setelah sekian lama tidak keluar rumah berlibur kerana kurang sihat…

Pagi tadi, dalam pukul 11 lebey, saya keluar rumah menuju ke Shah Alam menjemput Farah & anaknye Balqis. Kemudian, kami menuju ke UM. Di situ, Azri telah sedia menunggu di rumah u. Kami pun mengambil tempat di meja yang kosong. Sementara menunggu kedatangan Muzri dan Fakhrul, Farah pergi membasuh berak anaknya di toilet. Tidak lama kemudian, Muzri sampai diikuti Fakhrul selang berapa ratus minit kemudian.Mungkinkah sbb itu sy gembira?

kami semua teringin makan western.Saya mengorder lamb chop. Gravy nye sedap cume mungkin krana tukang masaknye sedang bercinte, make lamb nye sedikit hangus. Tapi saya layankan saje kerana itu adalah makanan pertama sy yg best slps asyik memkn bubur dan roti cicah air milo. Mungkinkah sbb itu sy gembire?

Kemudian kami pun bercerita spt dahulu kala. Spt biasa, bile ada fakhrul & azri (terutamanye fakhrul si gile), saye la akan menjadi bahan. teruk sungguh sy dimainkan. Mungkinkah sbb itu sy gembire?

Alangkah cumilnye melihat mereka bergilir-gilir mendukung balqis. Muzri juge sudah menjadi bape 50 hr yg lps. Azri bakal mnjadi bape bulan ogos ini. Fakhrul pule, bape ayam mungkin ok kot…(hohohoho). Sangat gembire melihat mereke. Jike ketika 1st yr dahulu kami slalu berdiskusi mengenai mase dpn bile sume org kawin dpt anak etc, tp skrg slps 6-7 thn, kami berdiskusi cara-cara menjaga anak, menyusukan anak dll. kwn-kwn sy yg kurang ajar itu menyatakan sy tak perlu risau susu tidak cukup, kerana melihat keadaan saya, mmg takkan habis la susu badan, kate mereka sambil tertawa. Saya hanya mampu mengeluarkan carutan kecil..Mungkinkah sbb itu sy gembire?..

Selepas makan, Muzri pun pulang ke pejabat.Fakhrul memaksa kami ke rumah sewanya, maka kami berempat + balqis pun lepak di rumah sewa fakhrul pulak di vista blok 6. Patutla fakhrul mengajak. Rupa-rupanya dia ingin kami semua memuji kekreatifannya menghias rumah (walaupun dia x mintak directly). Habis bunga-bunga dan pasu bunga emaknya di curi untuk di bawa ke rumah sewa. dia mmg gile. Balqis sudah kepanasan. Farah memberikan balqis susu dan air masak. Dia tertido tidak lama kemudian. Kami pun pulang dari rumah fakhrul dan menghantar azri ke um dan farah ke shah alam. Nnt bile-bile, boleh sy kuar dgn farah lagi kerana dia dekat sahaja dgn uitm. Mungkinkah sbb itu sy gembira?

Setibanya di rumah, saya pun masuk dgn gembirenye dan terus mncari ibu menceritakan kisah saya pada hari ini sambil ibu sedang bersiap utk mengambil hajar di komuter dan berjumpa adik-adik di smakl. Saya ingat nak teman ibu, tapi dah tertukar baju dgn cepat kerana panas, maka sy tidak teman ibu.sian ibu.

Kemudian saya pun mandi. Sesudah mandi, saya pun ke bawah menonton tv bersama ibu dan dude cerita manjalara. Mungkinkah sebab itu saya gembira?

Pukul 7 mlm,ibu mengajak dude dan saya makan mlm bersamanya. Kami pun makan di meja makan dan berbual-bual dgn gembira. Saya tidak merasa marah pun dengan dude hari ini langsung. Malah, saya sengaja mengada-ada untuk bermanja-manja dengan gembiranya. Dia seperti biasa, melayan je ngada-ngada saya. Mungkinkah sbb itu saya gembira?

Selepas Dude solat, kami menonton America’s Funniest Video bersama-sama. Kami juga gelak terbahak-bahak menonton aksi-aksi melucukan dlm rancangan itu. Kemudian kami mengukur kain satin baju pengantin kami untuk membezakan yang mana satu perempuan atau lelaki punya. Mungkinkah sebb itu sy gembira?

Tidak lama selepas itu, Dude pun pulang. Mungkinkah sbb itu saya gembira? (hohoho)

Selepas Dude pulang, ibu turun ke bawah dengan tudung. Ibu kata nak pergi ambil dobi ayah di kedai belakang. Saya rindukan ibu. Maka say mengikut ibu pergi ke dobi. Mungkinkah sbb itu sy gembira?

Ketika sampai di rumah, ayah sudah ada, baru pulang dr pejabat. Ibu beritahu ayah ibu mengambil dobi ayah kerana ada tiga seluar ayah di situ dan ibu terpaksa ambil kerana ayah out station esok. Ayah kata, kalau seluar x cukup, ayah pinjam seluar ibu. Saya kata, seluar saya ada, mesti muat. Ayah pun ketawa sambil berjalan ke bawah untuk ke surau. Mungkinkah sbb itu sy gembira?

Kemudian, saya pun duduk di meja ini, depan netbook pink yg cumil ini, menulis entry ini,sebelum memulakan kerja yang bertimbun dan yg perlu disediakan untuk berjumpa dengan Dr Harita ketua program pagi-pagi esok. Mungkinkah sbb itu saye gembire?

Saya pun tidak tahu mengape saya gembira. Tapi saya harap saya terus kekal gembira walaupun saya tahu harapan mungkin tinggal harapan selepas kembali bekerja esok hari. Entry ini hanya untuk mengingatkan saya, bahawa saya pernah segembira ini. Alhamdulillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Comments

  1. Nadia June 19, 2009
  2. nadot83 June 20, 2009
  3. kakteh June 21, 2009
  4. nadot83 June 21, 2009
  5. danzaimar June 22, 2009

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site Admin · Log out · Entries RSS · Comments RSS ·